Citation
Abd. Wahab, Haris
(1996)
Penglibatan Peserta dalam Program Pembangunan Komuniti di Kampung Buloh, Kelantan.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Kajian ini meneliti masalah penglibatan peserta
dalam Program Pembangunan Manusia Asas Kampung (PMAK)
yang dilaksanakan di Kampung Buloh, Kelantan.
Penglibatan ini dianalisis dari aspek membuat
keputusan, melaksanakan rancangan, berkongsi manafaat
dan penilaian aktiviti. Program PMAK di Kelantan telah
dilancarkan untuk pelaksanaan pada tahun 1990. Kajian
yang dilakukan di Negeri Kelantan ini juga adalah
bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dalam angkubah
yang dipilih dari segi penglibatan peserta dalam Program
PMAK.
Kaedah tinjauan telah digunakan. Borang soal
selidik yang telah diuji, digunakan ke atas 110 responden. Maklumat juga diperolehi melalui temubual
tak formal, pemerhatian langsung dan rekod pejabat.
Data di analisis dengan komputer menggunakan pakej
Statistik untuk Sains Sosial (SPSS)
Peserta Program PMAK di kawasan kajian di dapati
hampir seragam dari segi taraf sosio-ekonomi dan
demografi. Pelaksanaan Program PMAK telah membantu
meningkatkan pendapatan peserta dan penduduk kampung
yang lain. Kebanyakan peserta mempunyai pengetahuan
sederhana tentang Program PMAK. Begitu juga dengan tahap
tanggapan peserta terhadap program dan pegawai PMAK.
Pelaksanaan Program PMAK kurang mendapat sokongan dari
kerajaan negeri. Tanggapan peserta terhadap
desentralisasi kuasa dan pemberian kuasa kepada
masyarakat tempatan dalam pelaksanaan Program PMAK
adalah positif.
Tahap penglibatan peserta yang diukur dari segi
empat bentuk didapati pada keseluruhannya sederhana
sahaja. Tahap penglibatan yang tinggi berlaku hanya di
kalangan sebilangan kecil peserta.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |