UPM Institutional Repository

Manifestasi riadah dalam naskhah epik dan historiografi melayu terpilih


Citation

Jasni, Khairul Zainie (2019) Manifestasi riadah dalam naskhah epik dan historiografi melayu terpilih. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Golongan raja dan pembesar menjalankan riadah sebagai sebahagian daripada cara mengekalkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Namun demikian, perbincangan tentang riadah yang terdapat dalam karya Melayu tradisional masih kurang menjadi topik perbincangan oleh pengkajipengkaji terdahulu. Peranan riadah merangkumi pembentukan sahsiah dan keperibadian raja-raja dalam hubungannya dengan pemerintahan negara. Justeru, bahan yang akan digunakan ialah naskhah epik dan historiografi Melayu terpilih akan digunakan untuk meneliti manifestasi riadah. Naskhah yang digunakan ialah Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja Pasai, Misa Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Objektif kajian ini ialah mengkategorikan manifestasi riadah dalam naskhah, seterusnya menganalisis manifestasi riadah yang dilaksanakan oleh raja-raja dalam naskhah epik dan historiografi Melayu terpilih dan merumuskan peranan riadah raja-raja dalam naskhah epik dan historiografi Melayu terpilih. Kaedah kajian yang akan digunakan ialah kaedah kepustakaan dan akan bersandarkan kepada pendekatan gabungan oleh pengkaji-pengkaji yang membincangkan tentang riadah. Dapatan kajian akan membincangkan empat kategori riadah iaitu riadah jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan kepada pendekatan gabungan yang diperkenalkan. Manakala dapatan bagi objektif ketiga akan merumuskan peranan riadah terhadap aspek pemerintahan, ekonomi dan sosial. Kesimpulannya, manifestasi riadah yang dijalankan oleh raja-raja Melayu dalam naskhah mampu memberikan satu dapatan baharu dalam kepustakaan Melayu dan seterusnya mengetengahkan kegemilangan kerajaan Melayu.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 55 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Epic literature, Malay - History and criticism
Subject: Manuscripts, Malay
Call Number: FBMK 2020 55
Chairman Supervisor: Salmah Jan Noor Muhammad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 26 Aug 2022 07:23
Last Modified: 26 Aug 2022 07:23
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98368
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item