Citation
Jasni, Khairul Zainie
(2019)
Manifestasi riadah dalam naskhah epik dan historiografi melayu terpilih.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Golongan raja dan pembesar menjalankan riadah sebagai sebahagian
daripada cara mengekalkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.
Namun demikian, perbincangan tentang riadah yang terdapat dalam karya
Melayu tradisional masih kurang menjadi topik perbincangan oleh pengkajipengkaji
terdahulu. Peranan riadah merangkumi pembentukan sahsiah dan
keperibadian raja-raja dalam hubungannya dengan pemerintahan negara.
Justeru, bahan yang akan digunakan ialah naskhah epik dan historiografi
Melayu terpilih akan digunakan untuk meneliti manifestasi riadah. Naskhah
yang digunakan ialah Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja
Pasai, Misa Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Objektif kajian ini ialah
mengkategorikan manifestasi riadah dalam naskhah, seterusnya menganalisis
manifestasi riadah yang dilaksanakan oleh raja-raja dalam naskhah epik dan
historiografi Melayu terpilih dan merumuskan peranan riadah raja-raja dalam
naskhah epik dan historiografi Melayu terpilih. Kaedah kajian yang akan
digunakan ialah kaedah kepustakaan dan akan bersandarkan kepada
pendekatan gabungan oleh pengkaji-pengkaji yang membincangkan tentang
riadah. Dapatan kajian akan membincangkan empat kategori riadah iaitu
riadah jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan kepada pendekatan
gabungan yang diperkenalkan. Manakala dapatan bagi objektif ketiga akan
merumuskan peranan riadah terhadap aspek pemerintahan, ekonomi dan
sosial. Kesimpulannya, manifestasi riadah yang dijalankan oleh raja-raja
Melayu dalam naskhah mampu memberikan satu dapatan baharu dalam
kepustakaan Melayu dan seterusnya mengetengahkan kegemilangan kerajaan
Melayu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |