Citation
Johori, Md. Rozalafri
(2020)
Pengaruh fikrah penerbit dan institusi media terhadap kualiti penerbitan rancangan berunsur Islam di stesen televisyen.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap rancangan televisyen (TV) berunsur Islam
kerana terdapat kritikan berkenaan kualiti rancangan yang rendah, malah pernah diulas
isu ini oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 dalam ucapan beliau. Walaupun begitu,
masih juga terdapat rancangan TV Islam yang tidak berkualiti disiarkan sehingga kini,
ia seperti tiada tindakan yang dilakukan oleh penerbit dan institusi penyiaran TV untuk
menanganinya. Oleh itu, kajian kualitatif fenomenologi ini menggunakan rekabentuk
temubual secara mendalam dengan informan yang terdiri penerbit, pengurusan stesen
TV dan personaliti agama yang dipilih dengan teknik persempelan bertujuan dan
teknik bola salji untuk mendapatkan jawapan. Rekabentuk ini ditriangulasikan dengan
rekabentuk perbincangan meja bulat dengan informan dalam kalangan mengamal
media yang dipilih secara persempelan bertujuan. Ini bagi mencapai objektif kajian
iaitu, (1) untuk mengetahui pengaruh fikrah penerbit terhadap kualiti rancangan TV
Islam yang diterbitkan, (2) untuk mengenalpasti pengaruh institusi media terhadap
penerbitan rancangan TV Islam dan (3) untuk menganalisis konsep kualiti pada
perspektif penerbitan rancangan TV Islam. Hasil kajian daripada objektif pertama
mendapati bahawa faktor fikrah penerbit sangat mempengaruhi kualiti rancangan TV
Islam yang mana terdiri daripada tiga kategori iaitu Tauhid, Syariah dan Akhlak yang
merangkumi sepuluh tema. Hasil kajian daripada objektif kedua mendapati bahawa
faktor-faktor ekonomi politik institusi stesen TV turut sangat mempengaruhi kualiti
penerbitan rancangan TV Islam yang mana terdiri daripada tiga kategori iaitu
Komodifikasi, Spatialisasi dan Strukturisasi yang merangkumi 12 tema. Hasil kajian
terakhir berdasarkan objektif kajian ketiga pula dapat difahami bahawa konsep kualiti
daripada perspektif penerbitan rancangan TV Islam melibatkan empat tema iaitu Al-
Quran dan sunah sebagai asas kualiti, kandungan rancangan yang mantap (kualiti
fungsi), personaliti TV Islam yang berkarisma (kualiti reputasi) dan olahan kreatif
teknikal persembahan (kualiti teknikal). Kesimpulan daripada kajian didapati bahawa
asas Islam dan fikrah penerbit sangat mempengaruhi kualiti kandungan dan kreativiti yang patuh syariah. Namun, pengaruh-pengaruh ekonomi politik institusi secara
keseluruhannya turut mempengaruhi dalam menjayakan penerbitan rancangan TV
Islam yang berkualiti. Oleh itu, untuk kajian yang akan datang, penyelidik
mencadangkan agar kajian menilai perspektif ekonomi politik institusi media
rancangan TV Islam dalam pasaran masyarakat menerusi platform media baru kerana
mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dengan jangkauan penontonan yang luas.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |