Citation
Mohd Ramly, Norulaini
(2020)
Kerangka proses penggunaan dan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian dalam program fesyen TVET di Kolej Komuniti Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penggunaan dan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian (6P) merupakan
peralatan yang utama dalam penghasilan pola pakaian. Tanpa peralatan pendrafan pola
tidak akan terhasil sehelai baju mahupun pakaian. Pelajar program fesyen TVET
khususnya di Kolej Komuniti lemah dalam menguasai 6P dengan tepat dan cepat. Pola
yang dihasilkan tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh penilaian gred
pemarkahan bagi Program Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti. Pelajar
program fesyen TVET kebanyakannya lemah di dalam menguasai pengendalian
peralatan mendraf pola yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk, saiz dan fungsinya.
Objektif utama penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti 6P yang sedia
ada digunakan semasa kelas menghasilkan pola pakaian oleh pensyarah dan pelajar
program fesyen TVET. Selain itu, untuk menganalisa pengendalian peralatan
pendrafan pola pakaian secara manual yang lebih praktikal serta untuk
membangunkan satu garis panduan serta manual 6P yang lebih sistematik bagi
mendapatkan garisan pada pola pakaian lebih tepat. Kaedah yang digunakan dalam
penyelidikan ini ialah kualitatif membuat temu bual dengan tenaga pengajar di Kolej
Komuniti. Pemerhatian awal dilakukan terhadap pelajar program fesyen TVET dalam
6P. Di samping itu juga, kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal
selidik demografi untuk mengetahui latar belakang pelajar dan skala Likert digunakan
untuk menilai pengetahuan, kemahiran serta emosi pelajar sebelum dan selepas
menggunakan peralatan pendrafan pola pakaian. Hasil daripada kajian ini, mendapati
bahawa domain kognitif, domain psikomotor dan afektif merupakan komponen utama
dalam pendidikan berteraskan kemahiran. Walaubagaimanapun, penekanan terhadap
domain psikomotor perlu diberikan perhatian untuk meningkatkan tahap kemahiran
pelajar. Penyelidikan ini dijalankan bagi menghasilkan satu garis panduan kaedah
sistematik dan manual penggunaan peralatan pendrafan pola pakaian secara manual.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Tailoring - Pattern design - Malaysia |
Subject: |
Vocational education - Malaysia |
Call Number: |
FRSB 2021 8 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Nazlina binti Shaari, PhD |
Divisions: |
Faculty of Design and Architecture |
Keywords: |
Pola Pakaian, Pendrafan Pola, Kaedah Mendraf dan 6P |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
02 Aug 2022 00:54 |
Last Modified: |
02 Aug 2022 01:13 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98173 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |