Citation
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan tentang frasa atau ayat dalam animasi Jepunyang memberikan impakpositif kepada penggemar animedalam kalangan pelajar universitiawam (UA) di Malaysia. Penyelidik anime mengetahui, di sebalik tanggapan negatif masyarakat terhadap anime,animesentiasa menjadi hiburan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja termasuk pelajar universiti. Kajian penulis sebelum ini menunjukkan kebanyakan respondenmendapat motivasi dalam kehidupan mereka melalui anime. Dalam memainkan peranan sebagai pelajar, pekerja, anak atau sahabat terdapat begitu banyak kata-kata semangat dari anime yang menjadi dorongan dan motivasi kepada mereka. Oleh itu, kertas kerja ini cuba mengenal pasti frasa atau ayat yang terdapat dalamanime dan seterusnya mengelaskan frasa dan ayat tersebut kepada kumpulan tertentu. Kajian ini penting bagi melihat sejauh mana dan bagaimana anime mempengaruhi responden dalam kehidupan seharian. Tiga UA terlibat dalam kajian ini iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Sarawak. Borang kaji selidik melalui GoogleFormdiedarkan kepada semua pelajar yang mengambil kursus bahasa Jepun pada semester kedua sesi 2018/19. Seramai 154 orang pelajar telah menjawab soalan yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan frasa atau ayat dalam anime Jepunboleh dikelaskan kepada tiga bahagian yang boleh mewakili ‘perasaan’ respondenpadasesuatu masa ataukeadaan iaitu 1) kata sapaan, 2) ucapan memberi semangat dan 3) perkataan atau frasa atau ayat yang menarikyang ‘melekat’ dalam minda mereka.Kajian ini menyumbang kepada penyelidik anime khususnya serta masyarakat umum yang ingin mengetahui bagaimana peminat anime mempelajari bahasa dan budaya Jepun seterusnya menggunakannya dalam kehidupan mereka seharian.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguis...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: | Anime; Students; Motivation; Public university; Japanese language |
Depositing User: | Ms. Nur Aina Ahmad Mustafa |
Date Deposited: | 12 Dec 2024 01:20 |
Last Modified: | 12 Dec 2024 01:20 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/97394 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |