UPM Institutional Repository

Faktor jantina dan kepuasan klien dalam perkhidmatan e-kaunseling


Citation

Nor Zainudin, Zaida and Hassan, Siti Aishah and Ahmad, Nor Aniza and Mohamad Yusop, Yusni and Wan Othman, Wan Norhayati (2021) Faktor jantina dan kepuasan klien dalam perkhidmatan e-kaunseling. Jurnal Sains Insani, 6 (1). pp. 52-58. ISSN 0127-7871

Abstract

Memandangkan kemampuan internet mewujudkan prasarana yang sesuai untuk membina hubungan, pengamal kaunseling telah mengambil inisiatif memaksimumkan ruang internet ini. Satu perkhidmatan alternatif menolong melalui interaksi maya ini diwujudkan. E-Kaunseling telah mula mendapat perhatian kaunselor sebagai satu perkhidmatan alternatif yang ditawarkan kepada klien.Kajian ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana keberkesanan perkhidmatan E-Kaunseling terhadap jantina. Kajian eksperimental-kuasi ini menggunakan reka bentuk Kumpulan Kawalan Ujian Pra Dan Ujian Pasca. Data kuantitatif diperolehi menggunakan soal selidik Client’s Satisfaction Inventory Short-Form (CSI-SF). Seramai 60 subjek kajian terlibat dan dijalankan dalam dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan menggunakan kaedah Kaunseling Bersemuka dan kumpulan eksperimen pula menggunakan kaedah E-Kaunseling.Dapatan menunjukkan tiada perbezaan antara jantina dan Kepuasan Klien dalam kedua-dua kaedah dan hasil analisis Anova Dua Hala menunjukkan tiada perbezaan utama (main interaction) antara Jantina dan Kepuasan klien. Hasil analisis lanjut menggunakan Anova Sehala menunjukkan kesan interaksi (interaction effect) bahawa klien lelaki mendapat lebih kepuasan dalam kaedah E-kaunseling manakala klien perempuan mendapat lebih kepuasan dalam kaedah Kaunseling bersemuka. Implikasi kajian ialah kepada kaunselor sekolah dalam menawarkan perkhidmatan e-kaunseling bagi membantu pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling di luar waktu persekolahan. In view of the ability of the internet to create an appropriate relationship-building infrastructure, counselling practitioners have taken the initiative to optimize this internet space. An alternative service aims to establish this virtual interaction. E-Counselling has begun to catch the eye of counsellors as an alternative service offered to clients.This study aims to explore the effectiveness of E-Counselling services on gender.This quasi-experimental study uses the design of Pre-Test and Post-Test Control Groups. Quantitative data were obtained using the Client’s Satisfaction Inventory Short-Form (CSI-SF) questionnaire. A total of 60 participants were involved and conducted in two study groups, namely the control group using the Face-to-Face Counselling method and the experimental group using the E-Counselling method. Findings show no difference between gender and Client Satisfaction in both methods and the results of the Two-Way Anova analysis show no significant difference between Gender and Client Satisfaction. The results of further analysis using One-Way Anova show the interaction effect that male clients get more satisfaction in the E-counselling method while female clients get more satisfaction in the face-to-face counseling method. The implication of the study is for school counselors to provide e-counseling programs to support students who want to access counseling after school hours.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.238
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords: E-counseling; Client satisfaction; Gender; Face-to-face counseling
Depositing User: Ms. Nur Aina Ahmad Mustafa
Date Deposited: 29 Aug 2024 04:25
Last Modified: 29 Aug 2024 04:25
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.238
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/97298
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item