Citation
Mohamed, Nordin
(2001)
Sistem Penilaian Prestasi Dari Aspek Faktor Kejayaan Kritikal (FKK).
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah untuk menentukan Faktor Kejayaan Kritikal (FKK) dalam
melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi (SPP) berkomputer di Jabatan Polis Diraja
Malaysia. FKK ini adalah merupakan satu metod analisis situasi yang dilakukan
dengan memungut dan menganalisis maklumat mengenai sesuatu bisnes atau projek
bagi menentukan kedudukannya samada berada pada landasan yang betul dan
memuaskan demi mencapai kejayaan.
Model untuk kajian ini adalah merupakan satu penSlan aplikasi SPP yang
digunapakai dan diuji oleh 34 orang pegawai di Ibu Pejabat Polis Bukit Arnan
secara dalam talian menerusi terminal komputer di pej abat masing-masing.
Data-data kajian diperolehi daripada pegawai-pegawai ini dengan menggunakan
borang soal-selidik. Data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kaedah
Skala Likert. Beberapa kategori FKK telah diperolehi daripada kajian ini seperti FKK yang
dikemukakan oleh responden, FKK aplikasi yang hendak dilaksanakan, FKK dari
aspek sikap dan penerimaan pengguna terhadap aplikasi SPP berkomputer dan FKK
dari aspek rangkaian komputer semasa dalam PDRM. Kesimpulannya, kajian ini
berjaya membuktikan bahawa aplikasi yang berinovasi seperti SPP berkomputer
akan diterima dengan mudah oleh pegawai-pegawai PDRM apabila dilaksanakan.
Didapati juga bahawa pengalaman lampau pegawai yang mengisi borang penilaian
prestasi POL. 1 60 secara konvensional akan dapat menyenangkan proses
pelaksanaan SPP nanti. Kajian ini juga menekankan bahawa sistem rangkaian
komputer yang selamat adalah perlu untuk menjaga kerahsiaan maklumat SPP yang
disimpan di dalam pangkalan data sistem komputer tersebut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |