Citation
Ayob, Fahrul Hakim
(2000)
Sistem Penjadualan Waktu Kuliah Fakulti Di Universiti
Menggunakan Teknik Algoritma Genetik.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penjadualan waktu kuliah ialah satu permasalahan penetapan masa dan tempat bagi
sebilangan pengajaran kuliah. Penjadualan waktu ini hendaklah mematuhi beberapa
kekangan yang telah disyaratkan seperti muatan dan lokasi bilik kuliah yang
disediakan, waktu rehat dan lain-lain pertimbangan kepeduan pensyarah, serta
perkaitan antara kursus-kursus yang terlibat bagi menghasilkan jadual waktu yang
feasible.
Pada mulanya penjadualan kuliah dilakukan secara manual walaupun cara tersebut
sangat rumit, memeritkan dan memakan masa. Oleh sebab bilangan pensyarah,
pelajar, bilik kelas dan subjek sering bertambah dati semasa ke semasa, maka
masalab penjadualan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu,
Algoritma Genetik (AG) sebagai salah satu pendekatan heuristik dalam bidang Kecerdasan Buatan yang terkenal dengan kebolehan untuk melakukan proses
pengoptimuman sesuatu penyelesaian masalah yang kompleks telah dipilih untuk
meringankan beban tugas penjadualan waktu ini. Hasilnya, satu sistem penjadualan
waktu kuliah fakulti di universiti telah berjaya dibangunkan.
Dalam menghasilkan sistem jadual waktu kuliah yang bersifat umum dan tidak
khusus bagi sesebuah institusi pengajian tinggi sahaja, bentuk struktur kromosom
yang digunakan sebagai perwakilan penyelesaian masalah telah diubah. Bagi
penjadualan waktu yang feasible pula, beberapa fungsi telah ditambah, seperti fungsi
baik pulih genetik dan penapis di samping mengekalkan beberapa fungsi yang
telah sedia ada.
Beberapa jenis pengujian telah dijalankan untuk menguji prestasi sistem yang telah
dibangunkan. Keputusan ujian yang diperoleh telah dibanding dan dikaji. Daripada
keputusan ujian tersebut, lebih daripada 70% individu mencapai tahap penyelesaian
optimum adalah di bawah generasi yang ke-30. Keputusan itu bermakna bahawa
sistem jadual waktu kuliah yang dibangunkan ini telah berjaya menunjukkan
keberkesanan proses pengoptimuman dengan menggunakan teknik AG pada awal
larian sistem.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |