UPM Institutional Repository

Multi-Aras Rangkaian Neural untuk Pengecaman Warna


Citation

Yaakob, Razali (1999) Multi-Aras Rangkaian Neural untuk Pengecaman Warna. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Keperluan sistem pengecaman warna secara automatik dalam industri, aplikasi secara komersil, mahupun pertanian telah menjadi semakin penting. Contohnya seperti pengkodan warna dalam pembuatan barangan elektrik, kesesuaian ton warna dalam menyamak kulit binatang dan dalam industri cat, pengecaman warna sebagai bantuan bagi yang buta atau buta-warna dan pengecaman sebagai parameter yang boleh dipercayai bagi pengecaman objek dalam robotik. Contoh yang lebih khusus ialah pengkelasan warna berlian, pengawalan kualiti bagi pembuatan kertas warna dan penggredan buah-buahan berdasarkan warna. Kaedah multi-aras rangkaian neural digunakan untuk mengecam warna secara automatik. Data yang mewakili warna diimbas menggunakan Minolta Chroma Meter yang berupaya menukarkan warna kepada nilai. Ia menyediakan lima sistem wama bagi pengukuran kromatisiti iaitu CIE Yxy, L*a*b*, L*C*Ho, Hunter Lab dan XYZ. Hanya sistem warna L *a*b* yang digunakan bagi kajian ini. Pada awal kajian, dua jenis rangkaian neural digunakan iaitu backpropagation (BP) dan counterp ropagation (CPN). Sebanyak 100 data (warna) digunakan sebagai pengujian. Hasilnya didapati dalam masa yang singkat, CPN telah mencapai 100% pengecaman data yang dilatih dan data yang tidak dilatih berbanding dengan BP yang hanya mencapai 49% pengecaman bagi data dilatih dan 48% bagi data tidak dilatih. Apabila bilangan data ditambah kepada 808, proses latihan memerlukan ruang ingatan yang besar, masa pembelajaran yang lebih lama dan peratus pengecaman kurang memuaskan. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, gabungan dua rangkaian CPN telah dibangunkan. Hasilnya peratus pengecaman bertambah baik berbanding kajian awal dengan 99% pengecaman bagi data yang dilatih dan data yang tidak dilatih.


Download File

[img] Text
FSKTM_1999_9_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Neural networks (Computer science).
Subject: Color and form recognition test.
Call Number: FSKTM 1999 9
Chairman Supervisor: Md. Nasir bin Sulaiman, PhD
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Feb 2011 07:10
Last Modified: 29 Nov 2023 01:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9636
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item