Citation
Abas, Azizi
(1999)
Satu Rangka Kerja Sistem Pengesanan Ralat dalam Sistem Tahan Rosak.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tesis ini membincangkan pembangunan satu sistem yang mempunyai fungsi-fungsi
tahan rosak yang dikenali sebagai Sistem Pengesanan Ralat (SPR). Pembangunan
SPR bertujuan untuk mengurangkan masalah ralat dan kerosakan yang berlaku dalam
kawalan proses di Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS). Objektif SPR ini
ialah untuk mengesan ralat dan kerosakan mengikut jenis-jenis ralat yang telah dikenal
pasti. Kajian ini mengambil kira sistem tahan rosak yang sedia ada di MODENAS seperti
High Availability Cluster Multi Processing (HACMP).
SPR merupakan sistem modul sokongan yang digunakan dalam persekitaran
Sistem Kawalan Proses Pembuatan (MPCS). MPCS merupakan satu sistem masa nyata
yang digunakan dalam industri pembuatan motosikal MODENAS. SPR berfungsi sebagai
satu sistem yang mampu mengurangkan masa mati MPCS dengan cara mengesan sebarang
ralat dan kerosakan yang dihasilkan. Metodologi kajian ini adalah untuk mereka bentuk satu rangka kerja sistem
pengesanan ralat dan kerosakan yang terdapat dalam satu rangkaian kawasan setempat.
Rangka kerja ini meliputi pindah muat fail log daripada komputer pelayan dan stesen kerja
ke SPR dan fail log tersebut diproses untuk mengenal pasti masalah serta cara
penyelesaiannya.
SPR adalah satu penSlan yang dilaksanakan dalam komputer meJa dan
dibangun menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic Versi 5 (VB5) dalam sistem
pengoperasian Windows 95/ 98. Protokol komunikasi, Protokol Kawalan Pengangkutan /
Protokol Internet (TCP/IP) Satu kajian penilaian pre stasi SPR dilakukan untuk mengenal pasti masa mati
yang berlaku sebelum dan selepas SPR dibangunkan. bahawa masa mati MPCS berkurangan dan SPR sesuai digunakan sebagai alat pengesanan ralat MPCS.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |