UPM Institutional Repository

Sistem Kripto Luc Untuk Pengesahan Aplikasi Telnet


Citation

Sibo, Siti Jauyah (1999) Sistem Kripto Luc Untuk Pengesahan Aplikasi Telnet. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini membincangkan perbandingan antara dua sistem kripto kunci awam iaitu sistem kripto Rivest-Shamir-Adleman, RSA dan sistem kripto berasaskan fungsi Lucas, LUC. Perbandingan dibuat untuk aspek-aspek pelaksanaan dan keselamatan. Bagi aspek pelaksanaan, proses penjanaan kunci kriptografi, penyulitan, penyahsulitan, tandatangan digital dan pengesahbetulan tandatangan digital dikaji. Bagi aspek keselamatan pula, kriptanalisis yang telah diterbitkan daripada segi protokol pelaksanaan dan ketakbolehramalan penjana nombor rawak RSA dan LUC dikaji. Jujukan nombor rawak yang dihasilkan oleh penjana sistem kripto RSA dan LUC telah dikaji dan dibandingkan dengan menggunakan kaedah jelmaan Fourier. HasH eksperimen menggunakan sehingga enam digit modulus menunjukkan kedua-dua penjana nombor rawak RSA dan LUC mempunyai ciri yang hampir sarna. Dengan itu kedua-dua sistern kripto tersebut mempunyai tahap kekriptografian yang agak setara. Sistern kripto LUC dipilih sebagai algoritrna kriptografi untuk membangunkan prototaip sistem pengesahan aplikasi telnet dalam persekitaran sistem pengoperasian Linux. Prototaip yang dibangunkan menyediakan sistern pengesahan dua hala. Semasa sidang pengesahan, tantangan nombor rawak yang dijana oleh pengesah betul dikaitkan dengan pengecam pihak pendakwa. Pihak pendakwa akan menjana tandatangan digital ke atas tantangan sebagai kiriman balas sidang berkenaan. Untuk mengesah betul tandatangan digital, pihak pengesah betul akan menggunakan kunci awam yang berkaitan dengan pengecaman pihak pendakwa. Jika kunci awam tersebut berjaya mengesah betul tandatangan digital pada tantangan tersebut, maka pihak pendakwa adalah sah.


Download File

[img] Text
FSKTM_1999_6_IR.pdf

Download (984kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Public key cryptography.
Subject: System identification.
Call Number: FSKTM 1999 6
Chairman Supervisor: Ramlan Mahmod, PhD
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Feb 2011 07:02
Last Modified: 28 Nov 2023 03:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9631
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item