UPM Institutional Repository

Sistem Bantuan Pembinaan Kamus Berasaskan Pangkalan Data Teks Bebas


Citation

Abdullah, Muhamad Taufik (1992) Sistem Bantuan Pembinaan Kamus Berasaskan Pangkalan Data Teks Bebas. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Sebuah kamus bukan sahaja berguna untuk memberikan maklumat tentang makna dan penggunaan perkataan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama ten tang perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Bidang perkamusan amat luas kerana ianya meliputi pelbagai subdisiplin dalam bidang linguistik termasuklah semantik, sintaksis, morfologi dan sebagainya. Dalam proses pembangunan kamus, penyusunnya pedu menjalankan penyelidikan dan mempunyai kepakaran di dalam pelbagai subdisiplin tersebut. Tesis ini membincangkan hasil penyelidikan pengkomputeran yang berkaitan dengan bidang perkamusan. Kajian yang dijalankan melibatkan pengkomputeran sebahagian proses pembinaan kamus sebagai satu pendekatan untuk mempercepat dan memudahkan penyusunan kamus. Hasil yang diperolehi ialah algoritma bagi proses analisis morfologi perkataan bahasa Malaysia. Sebuah perisian komputer yang dinamakan Sistem Bantuan Pembinaan Kamus (SBPK) juga dibangunkan untuk membantu ahli leksikografi menjalankan tugas penyusunan kamus bahasa Malaysia. Sistem ini menggabungkan kemudahan untuk melaksanakan analisis morfologi, penentusahan perkataan, capaian teks daripada pangkalan data teks be bas dan penyuntingan teks. Dengan bantuan sistem ini, dijangka dapat mempercepat dan memudahkan kerja pembinaan sesebuah kamus berbanding dengan kaedah manual yang sedia ada.


Download File

[img] Text
FSKTM_1992_1_IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Data processing
Subject: Encyclopedias and dictionaries - Data processing
Subject: Electronic dictionaries
Call Number: FSKTM 1992 1
Chairman Supervisor: Safie b. Mat Yatim
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Feb 2011 06:26
Last Modified: 28 Nov 2023 02:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9626
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item