UPM Institutional Repository

Kajian Persepsi Guru Menggunakan Ekosistem Bakau Sebagai Sumber Pendidlkan Alam Sekitar di Sekolah Menengah


Citation

Mahmood, Nor Aznan (2003) Kajian Persepsi Guru Menggunakan Ekosistem Bakau Sebagai Sumber Pendidlkan Alam Sekitar di Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Konsep alam sekitar mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara hasil resolusi dan matlamat Dasar Pendidikan Negara pada tahun 1979. Aspek pendidikan alam sekitar telah dipelajari melalui beberapa mata pelajaran tertentu tanpa matlamat dan objektif yang jelas dan pengajaran subjek berkaitan dengan hutan bakau adalah amat terbatas. Memupuk kesedaran tentang kepentingan, keperluan dan fungsi sosial ekosistem hutan bakau perlu ditekankan supaya dapat memelihara dan mengurusnya dengan pengurusan mapan. Penerapan pendidikan alam sekitar mengenai ekosistem bakau ke dalam kurkulum akan dapat melahirkan individu dan masyarakat yang mungkin bersikap positif terhadap alam sekitar dalam kehidupannya. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah guru sekolah menengah menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum dan menjawab soalan-soalan tentang kepentingan penerapan pendidikan alam sekitar, pengetahuan, minat, sikap dan pendapat guru dalam penerapan kemahiran alam sekitar. Kajian ini dijalankan melalui soal selidik dengan melibatkan 530 orang guru sains dari enam zon iaitu zon utara, timur, barat, tengah, selatan dan zon Sabah/Sarawak


Download File

[img] Text
FSAS_2003_32.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Mangrove ecology - Study and teaching - Malaysia
Call Number: FSAS 2003 32
Chairman Supervisor: Professor Madya Saberi Bin Othman, PhD
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 16 Feb 2011 10:14
Last Modified: 08 Mar 2024 08:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9574
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item