Citation
Jong, Lip Khiong
(2003)
Sifat Morfologi Buluh, Dendrocalamus Asper (Schultes F.) Backer Ex Heyne dan Perkaitannya dengan Faktor Edafik Terpilih di Bahagian Sri Aman, Sarawak.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Sifat morfologi buluh, Dendrocalamus asper (Schultes f.) Backer ex Heyne
dan perkaitannya dengan faktor edafik terpilih telah dikajikan di lima kawasan
di bahagian Sri Aman, Sarawak. 96 plot telah disetkan di kawasan kajian
berkenaan. Kedua-dua ciri-ciri fizikal dan kimia edafik termasuk pH,
kandungan nitrogen, jumlah fosforus, kalsium tertukarkan, magnesium
tertukarkan, kalium tertukarkan, natrium tertukarkan, kelembapan, kandungan
bahan organik, ketumpatan pukal dan tekstur telah ditentukan melalui analisis
makmal. Keputusan menunjukkan bahawa tekstur tanah adalah pasir-Ioam,
min bagi pH, kandungan nitrogen, jumlah fosforus, kalsium tertukarkan,
magnesium tertukarkan, kalium tertukarkan, natrium tertukarkan, kelembapan,
kandungan bahan organik, ketumpatan pukal masing-masing adalah
5.20±0.05, 0.23±0.01%, 269.50±17.00 mgr¹, 1.43±0.18 cmol/kg, 0.91±0.06
cmol/kg, 0.30±0.01 cmol/kg, 0.10±0.02 cmol/kg, 14.26±0.61%, 9.51±0.42%
dan 1.00±0.03 gcm⁻³.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |