Citation
Shaharuddin, Rosmawati
(2002)
Pencirian Ultrasonik Bag) Batang Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis Jacq.).
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Ciri-ciri ultrasonik terhadap batang pokok kelapa sawit telah dikaji dengan
menggunakan pelbagai parameter fizikal seperti kandungan kelengasan, ketumpatan
dan arah butiran. Tiga arah anisotropik, iaitu arah membujur (L), jejarian (R) dan tangen
(T) terhadap susunan serabut dan berkas vaskular telah dipertimbangkan untuk
pengukuran ciri-ciri tersebut. Sifat-sifat ini telah ditentukan dengan menggunakan
penguji komersial ultrasonik pada 45 kHz.
Halaju ultrasonik dan pemalar kekenyalan berbeza mengikut susunan membujur >
tangen > jejarian (L>T>R). Sebarang lencongan daripada paksi membujur
mengurangkan halaju ultrasonik dan pemalar kekenyalan pada semua kandungan
kelengasan. Corak pengurangan halaju dan pemalar kekenyalan pada arah L, R dan T
adalah berbeza berbanding pada arah LR, LT dan RT.
Kaedah ultrasonik berupaya mengesan pereputan pada pokok kelapa sawit hidup ia
berdasarkan kepada surihan gelombang ultrasonik dan transduser penghantar kepada
transduser penenma di sekeliling batang pokok Sistem kemudian diuji melalui
perbandingan tomogram dengan memotong keratan rentas batang pokok pada satah
yang sama selepas pengukuran pereputan mengurangkan halaju ultrasonik dan
meninggikan masa transit sehingga tidak boleh dikesan oleh isyarat alat ultrasonik BPV
Kaedah ini juga berupaya mengesan kecacatan pada kayu kelapa sawit halaju
ultrasonik, pemalar kekenyalan, ketumpatan dan kandungan kelengasan kayu sawit
reput sentiasa lebih rendah berbanding kayu sawit sihat
Anatomi asas seperti taburan berkas vaskular dan susunan serabut pada kawasan zon
periferal dan zon tengah sangat mempengaruhi ciri-ciri ultrasonik seperti halaju dan
pemalar kekenyalan
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |