Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi Menang COMSTECH Young Scientist Award.
[UPM News]
Abstract
ISLAMABAD, 13 Januari- Profesor di Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd. Adzir Mahdi mendapat pengiktirafan sebagai penerima kategori COMSTECH Young Scientist Award di sini baru-baru ini.
Kategori itu dianugerahkan kepada saintis berusia 40 tahun ke bawah dari negara-negara OIC yang telah memberikan sumbangan dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan kriteria impak penerbitan (bilangan citation), penerbitan (buku, konferens dan penyelidikan), paten, geran penyelidikan serta anugerah dan pengiktirafan.
Beliau menerima wang tunai USD3,000, plak anugerah dan sijil daripada Perdana Menteri Pakistan, Yousaf Raza Gillani yang juga Pengerusi Bersama COMSTECH sempena General Assembly Meeting of Organization of Islamic Conference (OIC) Standing Committee on Scientific and Technological Cooperation (COMSTECH) ke-14.
Selain itu, COMSTECH turut memberi anugerah COMSTECH Award in Biology kepada Prof. Dr. Wasim Ahmad (Pakistan) dan Prof. Dr. Ilkay Erdagon Orhan (Turki) dan COMSTECH Award in Chemistry kepada Prof. Dr. Muhammad Iqbal Choudhary (Pakistan) dan Prof. Yusuf Yagci (Turki). Sementara itu, anugerah COMSTECH Best Paper Award telah dinobatkan kepada Dr. Farhad Islami dari Iran.
Anugerah ini diharapkan dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan penyelidik negara OIC dan dapat meningkatkan kemajuan individu dalam sains dan teknologi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |