UPM Institutional Repository

Perkembangan Kamus Dwibahasa Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris dari perspektif maklumat dalam takrif


Citation

Mohamad, Hasnah (2021) Perkembangan Kamus Dwibahasa Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris dari perspektif maklumat dalam takrif. Jurnal Linguistik, 25 (2). 66 - 78. ISSN 1823-9242

Abstract

Dunia perkamusan Melayu sentiasa berkembang semenjak zaman dahulu lagi. Antara contoh terbitan awal ialah Daftar Kata Melayu –Cina yang dikumpulkan sekitar tahun 1403-1511M. Seterusnya kamus berkembang dengan ditambah huraian tatabahasa, diikuti dengan huraian makna serta contoh penggunaan kata mengikut konteks. Kewibawaan sesebuah kamus dilihat pada ketuntasan aspek mikrostrukturnya, mencakupi kategori maklumat seperti takrif, maklumat linguistik, serta aspek mediostruktur. Kajian terdahulu yang ditelusuri didapati banyak memfokus pada aspek makrostruktur, namun masih kurang yang menyentuh aspek mikrostruktur, khususnya kategori takrif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perkembangan perkamusan Melayu dwibahasa dari sudut maklumat dalam takrif. Objektif kajian adalah untuk membandingkan maklumat dalam entri Dictionary of The Malayan Language oleh William Marsden (1812) dan Kamus Dwibahasa Longman(2009); menghuraikan maklumat huraian makna dalam kedua-dua kamus dikaji; dan merumuskan persamaan dan perbezaan maklumat yang dipaparkan dalam kamus berkenaan. Data kajian mencakupi entri kategori kata nama dan kata adjektif dalam kedua-dua kamus yang dikaji. Pendekatan takrif tekstual digunakan untuk menghuraikan takrif, manakala perumusan takrif dibuat berpandukan prinsip perkamusan. Kajian ini memaparkan perkembangan perkamusan Melayu dwibahasa dari sudut maklumat dalam takrif, yang amat penting sebagai panduan untuk menghasilkan sebuah kamus yang berwibawa pada masa akan datang.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Dictionary; Bilingual dictionary; Information, Definition
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 05 Dec 2022 01:04
Last Modified: 05 Dec 2022 01:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94553
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item