Citation
Abstract
Media massa mempunyai peranan yang sangat penting dalam era globalisasi kini. Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi seperti media massa, menyebabkan terjadi perubahan teknologi maklumat secara cepat di mana-mana. Media massa sedikit demi sedikit membawa masyarakat ke suatu pola budaya baharu dan mulai mempengaruhi pola pemikiran serta budaya perilaku masyarakat. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan media massa dengan akhlak pelajar Universiti Putra Malaysia. Terdapat 379 pelajar yang terlibat dalam kajian ini di mana mereka dipilih melalui persampelan rawak mudah. Data dikumpul dengan menggunakan set borang soal selidik yang telah diubahsuai daripada Abdul Halim Tamuri (2005). Data soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jumlah kandungan media massa dengan akhlak pelajar daripada aspek berpakaian (r =0.054), pergaulan (r = 0.091) dan komunikasi (r = 0.082).Namun begitu, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi aspek hiburan (r = 0.227). Kajian ini menyimpulkan, tiada perkaitan di antara media massa dengan akhlak pelajar. Namun begitu masih terdapat beberapa item negatif di dalam soal selidik menjadi pilihan responden. Justeru, pemantaun perlu dilakukan terhadap pelajar-pelajar ini bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan kandungan media massa yang berunsur negatif. Adalah disarankan kajian masa depan untuk mengambil kira faktor-faktor yang lain dan diperluaskan di lebih banyak Institut Pengajian Tinggi di Malaysia dengan saiz sampel yang besar untuk meningkatkan generalisasi dan menghasilkan data yang lebih dipercayai.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://www.iyres.gov.my/penerbitan/malaysian-jour...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
Publisher: | Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia |
Keywords: | Mass media; Student’s morality; Communication |
Depositing User: | Mas Norain Hashim |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 00:49 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 00:49 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94551 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |