Citation
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan antara sokongan sosial keluarga dengan kemurungan dalam kalangan anggota Polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Kajian ini melibatkan 336 anggota polis yang telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Skala The Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) oleh Lovibond, &, Lovibond(1995) telah digunakan untuk mengukur tahap kemurungan. Sokongan sosial keluarga (emosi dan instrumental) pula telah diukur dengan menggunakan Family Support Inventory for Workersoleh King, Mattimore, King dan Adams(1995). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara sokongan emosi (r = 0.296**, p ≤ 0.05) dan sokongan instrumental (r = 0.343**, p ≤ 0.05) dengan kemurungan responden. Kajian ini juga mendapati sokongan instrumental (β = 0.363) merupakan faktor peramal yang paling mempengaruhi kemurungan responden. Sehubungan itu, sebarang program intervensi berkaitan kemurungan dalam kalangan anggota polis haruslah memberi penekanan kepada aspek sokongan sosial keluarga kerana kajian ini telah membuktikan bahawa sokongan sosial keluarga adalah peramal kepada kemurungan.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/articl...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Human Ecology |
DOI Number: | https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1012 |
Publisher: | Secholian Publication |
Keywords: | Family social support; Depression; Police officer |
Depositing User: | Mas Norain Hashim |
Date Deposited: | 05 Dec 2022 00:01 |
Last Modified: | 05 Dec 2022 00:01 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v6i9.1012 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94550 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |