Citation
Abstract
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menamatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula pada tahun 2021 menjadikan landskap pendidikan rendah di negara ini perlu ditelusuri semula. Hal ini membolehkan para pendidik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih santai dan menyeronokkan. Justeru, penyelidik telah mencipta Modul Permainan Peribahasa menggunakan model ADDIE. Penggunaan Model ADDIE dalam kajian ini adalah sesuai bagi mendapatkan maklum balas secara berterusan dalam proses pembinaan Modul Permainan Peribahasa. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan ketepatan penggunaan peribahasa dalam kemahiran mengarang Bahasa Melayu. Keterbatasan murid dalam menggunakan peribahasa yang dipertautkan dengan idea dalam penulisan karangan telah menyebabkan aspek keindahan seni bahasa semakin terhakis. Kaedah kajian ini berbentuk kajian eksperimen yang memberi perhatian kepada data praujian dan pascaujian daripada satu kumpulan rawatan. Seramai 10 orang murid Tahun Lima berpencapaian sederhana di sebuah Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor telah dipilih sebagai responden kajian. Kumpulan rawatan ini menerima 12 sesi rawatan menggunakan talian Google Meet sebagai media pembelajaran secara langsung. Analisis melalui kertas jawapan murid menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap pencapaian murid dalam kemahiran mengarang. Selain itu, ketepatan penggunaan peribahasa dengan laras bahasa yang lebih gramatis dan indah dapat digarap dengan santun oleh murid. Penggunaan kepelbagaian jenis peribahasa dapat dijelmakan melalui hasil karangan yang dipersembahkan oleh murid. Oleh yang demikian, Penggunaan Modul Permainan Peribahasa ADDIE melalui Google Meet bukan sahaja dijadikan amalan pembelajaran norma baharu bagi membantu murid mengarang karangan, malahan dapat digunakan dalam pertuturan seharian.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Educational Studies |
Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
Keywords: | Proverbs Game Module; ADDIE model; Composing skills; Google Meet; Proverbs |
Depositing User: | Mas Norain Hashim |
Date Deposited: | 01 Dec 2022 02:58 |
Last Modified: | 01 Dec 2022 02:58 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94521 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |