UPM Institutional Repository

Pengaruh blog pelancongan terhadap keinginan melancong


Citation

Syed Ramzan, Syarifah Emiwati and Bolong, Jusang (2021) Pengaruh blog pelancongan terhadap keinginan melancong. Al-I'lam- Journal of Contemporary Islamic Communication & Media, 1 (1). 18 - 40. ISSN 2785-8839

Abstract

Industri pelancongan menyumbang kepada 56.5 billion pendapatan negara sekaligus menjadi industri kedua terbesar yang terpenting di Malaysia. Maka dengan itu, negara memerlukan belanja yang tinggi untuk mempromosikan Malaysia melalui pengiklanan di dalam media cetak dan media massa. Namun begitu kemunculan media sosial seperti blog pelancongan khususnya yang semakin mendapat perhatian diperingkat global mampu dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan destinasi pelancongan Malaysia disamping dapat mengurangkan kos pengiklanan. Blog pelancongan dilengkapi dengan pelbagai sumber maklumat pelancongan di tambah pula dengan ruangan diskusi menjadi rujukan yang penting kepada pelancong dalam mendapatkan pengalaman percutian yang sebenar. Blog pelancongan boleh dijadikan sebagai medium yang berkesan dan efisien dalam mempromosikan destinasi pelancongan sekiranya pemacu kepada blog pelancongan dan keinginan pembaca blog dikaji dan difahami. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi sejauhmana blog pelancongan (afektif, kognitif dan interaksi interpersonal dalam blog) berpotensi mempengaruhi keinginan pembaca untuk melancong ke sesebuah destinasi. Data yang diperolehi daripada 185 responden menggunakan tinjauan dalam talian (Online Survey). Hasil kajian menunjukkan faktor afektif, kognitif dan interaksi interpersonal ada kaitan yang signifikan dengan keinginan melancong. Bagaimana pun, faktor interaksi interpersonal merupakan peramal yang paling ketara mempengaruhi kecenderungan keinginan pembaca blog pelancongan untuk melancong.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: USIM Press
Keywords: Travel blog; Blog readers; Desire to travel; Affective factors; Cognitive and interpersonal interaction
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Dec 2022 02:38
Last Modified: 01 Dec 2022 02:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94517
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item