Citation
Abstract
Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran novel Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) seringkali menjadi perbahasan dalam kalangan guru. Hal ini kerana teks sastera memerlukan tumpuan kognitif pelajar memahami dan menghayati kandungan pelajaran yang terdapat di dalamnya. Malah, pengajaran novel juga memerlukan guru berfikir secara kreatif dalam usaha melaksanakan penyampaian pengajaran yang berkesan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti pemahaman dan cara dua orang guru KMK Tingkatan Enam di Melaka menerapkan kaedah ungkapan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (SBDKL). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Dua orang guru KMK Tingkatan Enam merupakan guru pakar telah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan bagi membekalkan data kepada pengkaji. Teknik pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan temu bual secara mendalam. Data yang diperoleh dianalisis dengan cara penelitian dan pembinaan tema yang relevan bagi menjawab soalan kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa segelintir peserta kajian memahami maksud kaedah ungkapan kreatif pengajaran, namun peserta kajian berjaya membuat penerapan kaedah ungkapan kreatif dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Kajian ini dilihat memberikan impak terhadap pemahaman guru terhadap amalan pengajaran novel menerusi penerapan kaedah ungkapan kreatif yang merangkumi lima cara iaitu membuat warkah, mencipta sajak, menerapkan elemen seni lukis, mencipta syair dan penggunaan peribahasa berdasarkan situasi yang terdapat dalam novel.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Educational Studies |
Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
Keywords: | Case study; Qualitative research; Creative expression method; Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur |
Depositing User: | Mas Norain Hashim |
Date Deposited: | 01 Dec 2022 02:25 |
Last Modified: | 01 Dec 2022 02:25 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94514 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |