Citation
Mohd, Hafizah
(1998)
Kajian Biokimia dan Fisiologi Bagi Interaksi di Antara Koko dengan Oncobasidium Theobromae Talbot dan Keane.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyakit mati rosot jejalur vaskular (VSD) merupakan salah satu penyakit
koko yang senus disebabkan oleh sejenis kulat sistemik. Oncobasidium
theobromae Talbot dan Keane. Kulat ini menghasilkan basidiospora yang
menyebabkan jangkitan pada cetusan daun yang masih muda dan sihat, tumbuh
dengan cepat di dalarn salur zailam, seterusnya menyebabkan kematian pada
pucuk dan anak semaian sekiranya hifa sampai ke bahagian batang utama.
Objektif utama projek ini ialah untuk mengkaji beberapa aspek interaksi
fisiologi dan biokimia di antara hos (koko) dan patogen (Otheobromae)
menggunakan teknik dwikultur di dalam keadaan in vitro. Pada awal kajian, untuk
melakukan teknik dwikultur, keadaan kultur yang mungkin mempengaruhi
pertumbuhan isolat Otheobromae telah dikaji di dalam medium agar yang sesuai
untuk pertumbuhan kalus.
Kajian interaksi telah dilakukan di dalam sistem dwikultur di antara isolat
kultur tulin miselium 0. theobromae dan kalus koko yang berbeza kerintangan
terhadap VSD. Kalus yang telah diinokulasi dengan Otheobromae menunjukkan
kolonisasi intersel dan intrasel yang ekstensif dan seterusnya menyebabkan terjadinya kesan keperangan. Kerintangan pada kalus telah ditunjukkan dcngan
kadar kolonisasi yang lebih lambat dan sedikit oleh patogen.
Kultur filtrat (CFs) Otheobromae yang berkemungkinan mengandungi
fitotoksin tdah dihasilkan dengan menginokuJat miselium patogen tersebut di
da]am medium yang mengandungi 50% (v/v) air kelapa dan dieramkan pada
27±2˚C di dalam keadaan gelap selama 21 hari. Kehadiran fitotoksin di dalam
CFs kemudiannya lelah diuji dengan beberapa siri bioasai ringkas dengan lisu dan
sel koko dan spesies lain seperti biji benih Brassica chinensis. yang biasa
digunakan untuk ujian aktiviti fitotoksik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |