UPM Institutional Repository

Persepsi dan Penerimaan Perkembangan Seni Khat Islami dan Pena Khat dalam Masyarakat Malaysia


Citation

Chik Tajuddin, Abdul Rahman (2003) Persepsi dan Penerimaan Perkembangan Seni Khat Islami dan Pena Khat dalam Masyarakat Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini merupakan kajian yang memfokuskan persepsi dan penenmaan Masyarakat Islam Malaysia terhadap seni khat Islami dan pena khat di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam k<uian ini adalah secara kualitatif (temu bual dan kepustakaan) dan secara kuantitatif (soal-selidik dan persampelan). Hasil penyelidikan ini dapat membantu mengumpulkan data serta menganalisisnya demi mengutarakan hujah hujah dan jawapan yang tepat serta berfaedah. Hasil kajian ini mendapati bahawa di kalangan masyarakat Islam Malaysia mereka berpengetahuan tentang bentuk kesenian ini. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya seni khat Islami sudah berkembang tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan dan tidak digtmakan secara meluas, puncanya ialah dasar pelajaran negara yang tidak lagi mengambil berat terhadap penggunaan mata pelajaran ini dalam kurikulum sekolah dan masyarakat amnya. Kajian ini juga memmjukkan bahawa pada masa ini ada di antaranya pihak-pihak seperti Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Persatuan SeniKhat di peringkat negeri memperbaharui azam dan berusaha gigih menjalankan aktiviti yang berterusan terhadap bidang keilmuan ini. Usaha perlu ditingkatkan lagi untuk memelihara penggunaan seni tulisan khat dan tindakan pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pendidikan Malaysia sangatlah diharapkan agar turnt menyokong sepenuhnya us aha serta memainkan peranan dalam memperkembangkan penggunaan seni tulisan khat jawi terus hidup, terutamanya di kalangan generasi muda. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan agar pihak berkuasa dan agensi-agensi dapat memelihara, memartabatkan serta menggalakkan perkembangkan seni khat Islami menjadi warisan serta khazanah berharga buat seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan Nusantara.


Download File

[img] PDF
FRSB_2003_1_A.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Calligraphy, Arabic
Subject: Calligraphy, Arabic - Malaysia
Call Number: FRSB 2003 1
Chairman Supervisor: Mustafa Kamal Mohd. Shariff, PhD
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 01 Feb 2011 08:15
Last Modified: 01 Feb 2011 08:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9421
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item