UPM Institutional Repository

Menelusuri isu dan perkembangan penyiaran radio di Malaysia dari tahun 2001-2021


Citation

Yaakup, Hani Salwah (2021) Menelusuri isu dan perkembangan penyiaran radio di Malaysia dari tahun 2001-2021. eJurnal IPPTAR. pp. 1-16. ISSN 2785-874X

Abstract

Radio merupakan salah satu daripada media tradisional yang diperkenalkan dalam kalangan masyarakat. Melihat kepada sejarah Tanah Melayu, radio diperkenalkan pada tahun 1921 oleh jurutera British di Singapura. Sejak itu, radio telah berkembang pesat dan telah mencapai kepada tahap kemasyhurannya. Hal ini dapatlah dilihat terutama apabila penyiaran radio turut diperluaskan kepada penyiaran oleh syarikat media swasta pada pertengahan tahun 1990-an. Namun, dengan pengenalan dan seterusnya perkembangan internet serta media baharu, radio dilihat berhadapan dengan pelbagai permasalahan tetapi, kajian mengenainya kurang diperbincangkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menelusuri penyiaran radio di Malaysia daripada aspek isu dan perkembangannya. Kajian difokuskan kepada penyiaran radio dalam tempoh 2001-2021 dengan menggunakan metodologi Sorotan Literatur Bersistematik (Systematic Literature Review). Kajian ini melihat kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh penyelidik secara sistematik dan ilmiah. Tema yang diberikan fokus dalam kajian-kajian ini meliputi kepada isu yang melingkungi penyiaran radio di Malaysia pada tempoh berkenaan selain, turut melihat perkembangan yang turut menyokong peluasan industri ini. Hasil daripada kajian ini memberikan gambaran secara menyeluruh berkenaan industri penyiaran radio dan kajian mengenainya dalam tempoh 20 tahun di Malaysia dan membina peta yang bersesuaian dalam menyediakan pelan penambahbaikan dalam usaha menggerakkan kemajuan industri radio Malaysia


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
Keywords: Malaysian radio industry; Issues and developments; 2001-2021; Systematic highlight literature; Radio broadcasting research
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 23 May 2023 02:34
Last Modified: 23 May 2023 02:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94150
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item