UPM Institutional Repository

Membina personaliti kanak-kanak dan remaja berdasarkan Hikayat Musang Berjanggut


Citation

Hamdan, Rahimah (2021) Membina personaliti kanak-kanak dan remaja berdasarkan Hikayat Musang Berjanggut. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (1). 173 - 187. ISSN 2682-826X

Abstract

Kajian ini bertitik-tolak daripada perkembangan semasa yang mengangkat cerita folklor Barat sebagai bahan bacaan kanak-kanak remaja walau kandungannya nyata menyimpang daripada nilai Islam dan adab ketimuran. Pemaparan adegan berbau seksual dan berahi dalam cerita-cerita tersebut nyata memberi impak yang tidak baik kepada perbentukan personaliti kanak-kanak dan remaja. Apatah lagi kekaburan definisi sastera kanak-kanak dan remaja tambah merumitkan keadaan. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini, masyarakat perlu kembali kepada hasil tinggalan persuratan Melayu yang merupakan bukti keintelektualan bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Kajian ini akan menggunakan salah satu teks dalam genre ini iaitu Hikayat Musang Berjanggut dengan objektif kajian untuk mengenalpasti watak dalam teks ini yang dapat membentuk personaliti kanak-kanak dan remaja serta menganalisis kemampuan watak tersebut dalam membentuk personaliti golongan yang disasarkan. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks dengan Hikayat Musang Berjanggut berteraskan kepada kerangka keperibadian Islam menurut Hassan al-Banna dalam kitabnya Majmu‘ah al-Rasaīl li al-Imām al-Syāhid. Al-Banna menggariskan 9 ciri utama keperibadian Islam iaitu kuat akidah dan ibadah, akhlak yang tinggi, kekuatan jasmani, intelek dalam berfikir, berjuang melawan hawa nafsu, menjaga waktu, teratur dalam urusan, kemampuan berdikari dan bermanfaat kepada orang lain. Dapatan kajian mendapati watak Kamalul Arifin dan Dang Seri Arif Laksana menepati kerangka keperibadian Islam oleh Hasan al-Banna. Ini membawa kepada justifikasi kajian bahawa tepatlah Hikayat Musang Berjanggut dijadikan bahan bacaan terhadap kanak-kanak remaja bagi menggantikan cerita-cerita folklor Barat yang nyata tersasar untuk membentuk personaliti generasi muda ini. Rumusannya, karya yang selayaknya dijadikan bahan bacaan kanak-kanak dan remaja adalah yang diwariskan oleh intelektual bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Genre ini yang tidak seharusnya dipinggir atau dilupakan kerana banyaknya panduan dan pengajaran yang ditinggalkan demi melahirkan generasi Islam berilmu, beradab dan berpersonaliti tinggi.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Asian Scholars Network
Keywords: Hikayat Musang Berjanggut; Muslim personality; Children and adolescents; Islamic personality; Hasan al-Banna
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 18 May 2023 08:44
Last Modified: 18 May 2023 08:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94143
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item