UPM Institutional Repository

Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Program Gema Budaya dan Warisan gamit lebih 2000 pengunjung. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 25 Jan– Program Gema Budaya Dan Warisan 2010 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 2000 pengunjung terdiri daripada warga UPM dan masyarakat setempat. Ketua Penolong Pendaftar PKKSSAAS, Anuar Ahmad berkata jumlah itu melepasi sasaran 1000 pengunjung ke program yang diadakan selama dua hari bermula 25 hingga 26 Januari lalu. “Berdasarkan tinjauan yang dibuat kami menganggarkan jumlah pengunjung yang hadir melebihi 2000 orang dan ia menunjukkan sambutan daripada orang ramai agak menggalakkan. “Maklum balas daripada pengunjung juga baik dan rata-rata mereka menyifatkan program ini memberi banyak manfaat dan tidak rugi berkunjung ke program ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran program Gema Budaya dan Warisan di dewan Besar PKKSSAAS-UPM di sini. Program itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan. Anuar yang merupakan ketua penyelaras program berkata, program julung kali dianjurkan itu bertujuan memartabatkan budaya dan warisan bangsa dalam kalangan pelajar serta staf UPM selain memperkenalkan kumpulan kesenian yang terdiri daripada warga UPM yang telah berjaya mengikuti kursus-kursus kesenian dan kebudayaan anjuran PKKSSAAS. Menurut beliau, banyak acara menarik telah diadakan sempena program itu antaranya pameran batik, demonstrasi mencanting batik, jualan batik, jualan gerai makanan dan minuman, kursus apresiasi budaya, pertandingan karaoke, caklempong, wayang kulit, pentomen Ulik Mayang, explorace, permainan tradisional kanak-kanak, gamelan dan dikir barat. Beliau berharap, program itu dapat memberi inspirasi kepada warga kampus untuk memartabatkan budaya dan warisan bangsa selain dapat dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang. “Kita mempunyai ramai pelajar yang mengikuti kursus-kursus kesenian dan kebudayaan anjuran PKKSSAAS dan kita mahu mengetengahkan bakat-bakat yang ada,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Program_Gema_Budaya_dan_Warisan.pdf

Download (198kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 31 Jan 2011 06:10
Last Modified: 27 May 2013 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9412
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item