UPM Institutional Repository

Persekitaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme untuk Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Kawasan Lembah Klang


Citation

Lo, Yoon Mee (2007) Persekitaran Pembelajaran Secara Konstruktivisme untuk Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Kawasan Lembah Klang. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme (PPSK) untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah bestari dan sekolah harlan biasa di kawasan Lembah Klang. Tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme mencakupi lima aspek, iaitu darl segi releven dengan individu (personal relevance), ketidakpastian (uncertainty), suara kritikal (critical voice), kawalan bersama (shared control) dan perundingan pelajar (student negotiation). Seramai 440 orang pelajar TMK dan 74 orang guru TMK telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme untuk mata pelajaran TMK adalah hanya pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru sekolah bestari (M= 99.31 , SD: 11.00) dan sekolah harlan biasa (M= 94.16, SD= 12.37), t(72)= 1.38, p= .17. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru lelaki terhadap kewujudan persekitaran pembelajaran seeara konstruktivisme bagi mata pelajaran TMK (M= 93.88, SD= 13.68) berbanding dengan guru perempuan (M= 95.71, SD= 11.47), t(72)= -.61 , p= .54. Perbandingan juga telah dibuat untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan persepsi terhadap kewujudan PPSK antara pelajar daripada berlainan jenis sekolah. Oapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara persepsi pelajar SMK Bestarl (M= 86.35, SD= 13.17) dengan pelajar SMK Harlan Biasa (M= 82.66, SD= l3.83), t(438)= 2.72, p=.01. Manakala persepsi pelajar lelaki (M= 85.89, SD: 12.96) berbeza seeara signifikan daripada persepsi pelajar perempuan (M= 81.55, SD= 14.78), t(438)= 3.34, p= .001.


Download File

[img] Text
FPP_2007_30.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Constructivism (Education) - Klang Valley
Subject: Information technology
Subject: Study environment - Klang Valley
Call Number: FPP 2007 30
Chairman Supervisor: Wong Su Luan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 31 Jan 2011 05:22
Last Modified: 29 Feb 2024 02:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9403
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item