Citation
Abstract
Perspektif realiti masyarakat Melayu tradisional sering disalahtafsir oleh sarjana kolonial sehingga dianggap penyebab utama kepada kemunduran masyarakat meliputi fizikal, mental dan spiritual. Walau bagaimanapun, kajian-kajian oleh para sarjana lain yang mengutarakan kajian secara komprehensif menolak pendapat para sarjana kolonial tersebut dengan justifikasi yang relevan. Ini membawa kepada persoalan bahawa apakah pemahaman masyarakat Melayu terhadap ‘realiti’ yang mempengaruhi kepengarangan mereka? Justeru, dua objektif kajian iaitu menjelaskan perspektif ‘realiti’ dalam kepengarangan masyarakat Melayu tradisional dan merumuskan klasifikasi syair yang berteraskan realiti menurut para sarjana terhadap isu ini. Kajian ini menggunakan kaedah ‘close reading’ terhadap beberapa pendapat sarjana terhadap definisi dan klasifikasi ‘realiti’ yang dianalisis secara rinci. Metodologi kajian bagi menyelesaikan objektif akan disempurnakan oleh beberapa aktiviti. Misalnya bagi menyelesaikan objektif pertama, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mengenalpasti perspektif sarjana mengenai ‘realiti’ dan menjelaskan hubungan realiti dengan kepengarangan Melayu. Kemudian, aktiviti yang dilakukan untuk menyelesaikan objektif dua adalah mengklasifikasi semula syair berasaskan realiti mengikut tema tertentu serta membandingkan klasifikasi syair itu berteraskan kepada konsep ‘kesedaran diri sastera’ (literary self-awareness) yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Dapatan kajian membuktikan bahawa klasifikasi syair berasaskan realiti kehidupan masyarakat yang diketengahkan oleh para sarjana terdahulu perlulah menepati beberapa kriteria yang dicadangkan agar satu klasifikasi yang telus dapat diperolehi dengan memanfaatkan peristiwa atau pengalaman yang dialami oleh raja, pemerintah atau kolonial dan rakyat. Ini merelavankan syair sebagai genre yang sentiasa ‘evergreen’ dijadikan bahan kajian kerana keupayaannya melibatkan semua golongan masyarakat dengan pembahagian tema yang lebih jelas dan telus. Sesungguhnya, ‘kesedaran diri sastera’ telah berjaya melonggarkan ikatan ‘raja centered’ dalam syair-syair sehingga individu ‘bukan raja’ turut dijadikan fokus utama syair. Secara tidak langsung, membuktikan bahawa perspektif realiti masyarakat Melayu dapat dijelaskan secara tepat dan menyeluruh oleh genre syair.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayus...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
Publisher: | Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya |
Keywords: | Realiti; Syair; Kesedaran diri sastera; Melayu; Tradisional |
Depositing User: | Ms. Che Wa Zakaria |
Date Deposited: | 12 Apr 2023 04:23 |
Last Modified: | 12 Apr 2023 04:23 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/93982 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |