Citation
Abstract
Masyarakat memerlukan pemikiran sebagai alat untuk menggambarkan peristiwa yang berlaku dalam alam nyata. Dalam penulisan ini, budaya tiga suku kaum di Sabah memberikan jawapan kepada tiga soalan asas: soalan tentang diri (perwakilan diri), dunia (kepercayaan), dan apa-apa yang diminati (nilai). Tiga aspek ini mencerminkan konsep diri, kognisi, dan motivasi suku kaum KadazanDusun, Bisaya dan Melayu Brunei. Di sebalik keunggulannya sebagai tarian ikutan tradisi, tersirat cerita rakyat yang mengaitkan tarian Sumazau dengan upacara pemujaan semangat padi. Pemujaan merupakan hasil ciptaan fikiran manusia, menjadi unsur yang kuat dalam hal ehwal manusia, dan boleh dikatakan sebagai dipersonifikasikan. Semangat padi dianggap bukan manusia dan diberi darjat yang tinggi. Badaup pula ialah lagu rakyat yang menjadi amalan masyarakat Bisaya pada suatu masa dahulu. Dengan menelusur alam pemikiran masyarakat Bisaya, kita mengetahui bahawa Badaup ialah lagu rakyat. Kini Badaup semakin dilupakan dan kurang diamalkan, hanya kedengaran semasa musim menuai padi. Hasil kajian mendapati bahawa Badaup mengandungi entri leksikal yang memberikan maklumat tentang konsep kunjung-mengunjungi, masa, bersuka ria, dan agama (solat). Pada satu pihak yang lain, gambus Brunei Sabah dikenali sebagai Gambus Seludang. Pencipta lagu gambus ialah mereka yang mempunyai pengetahuan agama atau kemahiran mengaji al-Quran. Lirik lagu gambus selalunya berdasarkan pengalaman seseorang.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://journalfbmk.upm.edu.my/ojs3/index.php/maha...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
Publisher: | Universiti Putra Malaysia |
Keywords: | Sabah; Culture; Sabah ethnic |
Depositing User: | Ms. Che Wa Zakaria |
Date Deposited: | 12 Apr 2023 04:36 |
Last Modified: | 12 Apr 2023 04:36 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/93972 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |