Citation
Halis Azhan, Nudra Shafini and Abdul Rani, Mohd. Zariat and Noor Muhammad, Salmah Jan
(2021)
Kesusasteraan Melayu dan Persuratan Baru: satu pengamatan kritis tentang sambutan kesarjanaan.
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 29 (2).
1449 - 1468.
ISSN 0128-7702; ESSN: 2231-8534
Abstract
Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang mendapati adanya dua kutub pandangan umum tentang gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan. Kutub yang pertama cenderung menerima Persuratan Baru sebagai sebuah gagasan pemikiran sastera yang berasaskan Islam. Manakala, kutub yang kedua pula dilihat kurang menyenangi Persuratan Baru kerana terlalu keras dalam mengkritik kesusasteraan Melayu moden. Walau bagaimanapun kedua-dua kutub pandangan ini lebih bersifat umum dan diasaskan pada pendapat serta pengalaman peribadi. Hal ini mengundang penelitian ilmiah terhadap “sambutan kesarjanaan”, iaitu penemuan dan penilaian yang diberikan oleh para sarjana serta pengkaji dalam bentuk tulisan-tulisan ilmiah terhadap Persuratan Baru. Lanjutan permasalahan di atas, kajian ini menggariskan tiga objektif untuk dicapai. Pertama, mengenalpasti idea-idea utama berkaitan Persuratan Baru yang dibincangkan dalam kajian-kajian ilmiah yang dikaji. Kedua, mengorganisasi kajian-kajian ilmiah yang dikaji berdasarkan fokus perbahasannya. Ketiga, merumuskan pencapaian Persuratan Baru sebagai sebuah gagasan pemikiran sastera berdasarkan sambutan kesarjanaan yang diberikan oleh para sarjana dan pengkaji. Kajian ini menerapkan pendekatan analisis teks bagi meneliti sembilan buah kajian ilmiah mengenai Persuratan Baru. Hasil analisis mendapati bahawa Persuratan Baru menerima sambutan kesarjanaan yang meliputi pengenalannya sebagai sebuah gagasan pemikiran, perbincangan mengenai sumbangannya dalam konteks sejarah dan tradisi sastera Melayu moden, perbahasan mengenainya sebagai kerangka analisis teks sastera, dan perbandingannya dengan tradisi sastera yang lain. Sambutan kesarjanaan ini dengan sendirinya memantapkan lagi korpus kesarjanaan mengenai Persuratan Baru, khususnya memperluaskan lagi sempadan bagi usaha-usaha penyelidikan dan kesarjanaan yang selanjutnya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |