UPM Institutional Repository

Kesan pembelajaran menggunakan realiti berperantara menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan permainan terhadap pencapaian pelajar


Citation

Ong, Ace Hong and Abd Halim, Noor Dayana and Zulkifli, Nurul Nadwa (2021) Kesan pembelajaran menggunakan realiti berperantara menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan permainan terhadap pencapaian pelajar. Innovative Teaching and Learning Journal (ITLJ), 5 (1). pp. 1-11. ISSN 2600-9572

Abstract

Perkembangan pendidikan berubah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini dan perkembangan ini telah membawa banyak inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Maka terdapat banyak permainan yang berasaskan teknologi diperkenalkan dipasaran, tetapi bukan semua permainan sesuai dengan pembelajaran pelajar. Ini kerana kebanyakkan ciri permainan yang sedia ada kurang berkesan untuk pendidikan, maka pentingnya memilih permainan berdasarkan kriteria yang sesuai untuk pendidikan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan mereka bentuk pembelajaran berasaskan permainan yang mengintegrasikan teknologi realiti berperantara yang dinamakan sebagai Kit Pengembara dan mengkaji kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. Impak kajian ini diukur dengan menggunakan instrumen ujian pencapaian Geografi bagi mengukur pencapaian pelajar. Kajian secara kuasi-eksperimenal dilakasanakan terhadap pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru. Seramai 21 pelajar terlibat sebagai kumpulan rawatan dan 21 pelajar terlibat sebagai kumpulan kawalan. Analisis ujian pencapaian menunjukkan pembelajaran berasaskan permainan yang diintegrasikan dengan Kit Pengembara dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan idea dan membantu guru dalam mereka bentuk pembelajaran berasaskan permainan yang mengintegrasikan teknologi realiti berperantara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/2

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Humanities, Management and Science
Publisher: Penerbit UTM Press
Keywords: Augmented reality; Game based learning; Achievement; Georaphy; Bearing and angle
Depositing User: Ms. Che Wa Zakaria
Date Deposited: 17 May 2023 08:43
Last Modified: 17 May 2023 08:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/93967
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item