UPM Institutional Repository

Pengetahuan, Amalan Pengurusan dan Aplikasi Pemakanan dalam Kalangan Pengusaha Prasekolah


Citation

Mohamed, Suriani (2003) Pengetahuan, Amalan Pengurusan dan Aplikasi Pemakanan dalam Kalangan Pengusaha Prasekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyertaan kanak-kanak dalam program pendidikan prasekolah semakin hari semakin meningkat. Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa menyediakan makanan dan nutrien yang mencukupi dan bersesuaian telah beralih kepada pengusaha prasekolah. Dengan bertambahnya tanggungjawab ini maka adalah perlu untuk menilai amalan pemakanan kanak-kanak dalam kalangan pengusaha prasekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengetahuan, amalan pengurusan dan aplikasi pemakanan dalam kalangan pengusaha prasekolah. Kajian ini juga menentukan hubungan latar belakang pengusaha dan sumber pengetahuan terhadap pengetahuan pemakanan. Seratus lapan puluh satu orang pengusaha prasekolah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah rawak mudah. Tiga alat kajian telah dibentuk dan digunakan di dalam kajian ini. Alat kajian tersebut adalah Soal Selidik Pengetahuan Pemakanan, Soal Selidik Amalan Pengurusan Pemakanan dan Senarai Semak Pemerhatian. Kebolehpercayaan alat kaj ian ini adalah .66 dan .65 masing-masing. Kesahan kandungan soal selidik telah dianalisis oleh panel yang terdiri daripada dua orang pakar. Aplikasi amalan pemakanan dicerap oleh sepuluh orang pemerhati terlatih. Inter rater reliability bagi senarai semak pemerhatian adalah .86 untuk bahagian satu dan .65 untuk bahagian dua. Majoriti sampel dalam kajian ini berusia 30 tahun ke atas, mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan pemah menghadiri kursus pemakanan. Min skor pengetahuan pemakanan adalah 66.4%. Dapatan menunjukkan terdapat salah konsep berkaitan makanan seimbang dan porsi makanan yang sesuai. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan di antara kursus pemakanan dengan pengetahuan pemakanan [ X2 (1, 181)=5.602, p<.05 ]. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara buku (r=. 179, p<.05), kolej / universiti (r=.179, p<.05), kursus (r=. 158, p<.05) dan ceramah (r=. 154, p<.05) dengan pengetahuan pemakanan. Kajian juga mendapati pengusaha prasekolah mempunyai amalan pengurusan pemakanan yang positif. Walau bagaimanapun mereka juga mempunyai amalan pengurusan pemakanan negatif terhadap aspek perancangan menu dan persekitaran sosial dan emosi semasa makan. Pemerhatian ke atas suasana makan mendapati kebanyakan guru tidak makan bersama kanak-kanak dan interaksi antara mereka juga kurang berlaku.


Download File

[img] PDF
FPP_2003_16_A.pdf

Download (909kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Preschool children - Nutrition - Requirements.
Call Number: FPP 2003 16
Chairman Supervisor: Rosini Bt Abu, Ed.D
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 27 Jan 2011 10:59
Last Modified: 12 Jun 2012 06:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9375
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item