UPM Institutional Repository

Biotransformasi Asid Lemak oleh Pseudomonas Sp. Strain SS22


Citation

Shafiei, Zaleha (2002) Biotransformasi Asid Lemak oleh Pseudomonas Sp. Strain SS22. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pseudomonas sp. strain 8822 ialah bakteria Gram-negatif, berbentuk kokoid-rod, aerobik dan tidak berspora. 8train ini merupakan pencil an daripada sebuah kolam oksidasi kilang minyak kelapa sawit, DIu Langat, 8elangor, Malaysia. Keupayaan strain 8822 untuk mentransfonnasikan asid Iemak tepu dan tak tepu kepada produk berguna telah dikaji. Berdasarkan analisis TLe, GC, FTIR dan GC-M8, didapati strain SS22 berkeupayaan untuk mengasimilasi asid lemak tepu dan tak tepu sebagai sumber karbon dan mentransfonnasikannya kepada produk baru selepas 7 hari. Hasil kajian seterusnya menunjukkan bahawa strain SS22 menunjukkan kecenderungan yang tinggi untuk mentransfonnasikan asid lemak tepu berantai pendek berbanding asid lemak tak tepu untuk menghasilkan produk yang berguna. Turutan keupayaan yang menurun untuk biotransformasi adalah seperti berikut; asid miristik > asid laurik > asid oleik > asid linoleik > asid palmitik > asid stearik. Spektrum FTIR menunjukkan bahawa produk biotransformasi yang terhasil adalah daripada kumpulan amida atau/dan keton atauldan asid karboksilik bagi asid Iemak tepu dan produk ester atau asid karboksilik bagi asid lemak tak tepu. Keputusan FTIR disokong oleh hasil analisis GC-MS yang menunjukkan bahawa produk yang terhasil daripada biotransfonnasi asid laurik dan asid miristik ialah asid 9(Z)-oktadekenoik dan 9(Z)-oktadekenamida. Sebaliknya, hasil biotransfonnasi asid palmitik dan asid stearik hanyalah terdiri daripada sebatian hidrokarbon. Asid oleik dan asid linoleik, masing-masing ditransformasikan kepada asid 9-heksadekenoik dan 11 (Z)oktadekenoik metil ester atau 9(Z)-oktadekenoik-metil ester.


Download File

[img] Text
FSAS_2002_1.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Biotransformation (Metabolism)
Subject: Fatty acid
Call Number: FSAS 2002 1
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Che Nyonya Abdul Razak
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 24 Jan 2011 03:42
Last Modified: 20 Feb 2024 04:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9340
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item