UPM Institutional Repository

Ciri Kekenyalan dan Kesan Rawatan Haba ke Atas Siri Kaca Plumbum Zink Fosfat


Citation

Matori, Khamirul Amin (2001) Ciri Kekenyalan dan Kesan Rawatan Haba ke Atas Siri Kaca Plumbum Zink Fosfat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Fabrikasi sistem siri kaca binari zink fosfat (ZnO)x (P₂O₅)1-x, plumbum fosfat (PbO)x (P₂O₅)1-x, dan kaca sistem temari plumbum zink fosfat (PbO)x [(ZnO)y (P₂0₅) 1-y] 1 -x dengan peratusan mol x dari 0.3 hingga 0.5 telah dilakukan dengan kaedah lindapan leburan. Sifat fizikal seperti sifat kekenyalan ditentukan pada suhu bilik dengan kaedah tanpa musnah yang menggunakan teknik Pemprosesan Isyarat Berdigit, peralatan sistem Matec DSP MBS 8000. Ketumpatan kaca diukur dengan menggunakan prinsip Archimedes. Data-data halaju gelombang dan ketumpatan yang diperolehi digunakan untuk menentukan pemalar kekenyal, modulus Young, modulus pukal, nisbah Poisson dan suhu Debye bagi sistem siri kaca plumbum zink fosfat. Pemalar kenyal, modulus Young, modulus pukal dan nisbah Poison didapati meningkat dengan penambahan ZnO atau PbO dalam kaca fosfat. Penambahan plumbum oks ida dalam kaca zink fosfat juga dapat meningkatkan pemalar kenyal, modulus Young dan modulus pukal serta suhu Debye kaca yang dihasilkan. Proses rawatan haba melalui proses sepuhlindapan terhadap semua sampel kaca yang dikaji telah dijalankan pada julat suhu di antara 100°C hingga 250°C pada sela suhu 50°C. Faktor sepuhlindapan didapati menyebabkan sedikit perubahan ke atas pemalar kenyal, modulus Young dan modulus pukal kaca. Ciri-ciri kenyal kaca ini adalah berkait rap at dengan kekuatan struktur kaca.


Download File

[img] Text
FSAS_2001_59.pdf

Download (799kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Glass - Elastic properties
Call Number: FSAS 2001 59
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Sidek Hj. Ab. Aziz, PhD
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 24 Jan 2011 03:29
Last Modified: 20 Feb 2024 03:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9338
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item