UPM Institutional Repository

Penyertaan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kemahiran Industri Dalam Aktiviti Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan


Citation

Sulaiman, Mohamad (2002) Penyertaan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kemahiran Industri Dalam Aktiviti Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Majikan selaku pengguna terbesar tenaga kerja mahir, seharusnya digesa untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan program latihan. Jawatankuasa Penasihat Kemahiran (JPK) yang ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pakar industri, berperanan untuk memberi nasihat berhubung dengan keperluan latihan sesuatu sektor industri. Penyertaan mereka dalam JPK memberikan kesan yang signifikan dalam pembangunan program latihan kemahiran agar sejajar dengan keperluan industri semasa negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor paling baik yang mempengaruhi tahap penyertaan ahli JPK dalam aktiviti MLVK. Kajian ini menyelidik tahap penyertaan ahli JPK dan mengenal pasti faktor penyumbang terhadap penyertaan mereka dalam aktiviti yang dijalankan. Kajian ini telah menggunakan korelasi Kendall's tau_b dan Chi-square Test of Independence bagi mendapatkan perkaitan antara faktor yang mempengaruhi penyertaan ahli JPK dalam aktiviti yang dijalankan oleh MLVK. Kajian mendapati bahawa 74.6% penyertaan ahli dalam aktiviti JPK berada dalam kategori tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap penyertaan masih perlu dipertingkatkan bagi mencapai penyertaan yang lebih tinggi. Kajian juga mendapati bahawa tahap penyertaan ahli JPK adalah dipengaruhi secara langsung oleh satu faktor sahaja iaitu faktor kefahaman terhadap peranan dan fungsi JPK. Sumbangan faktor tersebut terhadap penyertaan ahli JPK dapat ditunjukkan oleh nilai Standardized Coefficients Beta yang diperolehi dengan menggunakan analisis regresi linear berganda. Nilainya adalah 0.582 yang bermaksud sebarang perubahan 1.0 Sisihan Lazim dalam 'Kefahaman terhadap fungsi JPK' akan mengakibatkan perubahan terhadap 'Tahap Penyertaan' sebanyak 0.582 sisihan lazim. Ini menunjukkan bahawa kefahaman ahli tentang peranan dan fungsi JPK perlu berada di tahap yang berganda bagi mempastikan penyertaan yang tinggi. MLVK dapat memainkan peranan yang lebih aktif lagi bagi memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada ahli JPK dalam menjalankan tugas dan peranan mereka.


Download File

[img] Text
FPP_2002_27.pdf

Download (851kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Vocational training centers - Malaysia
Subject: Citizens' advisory committees in vocational education - Malaysia
Call Number: FPP 2002 27
Chairman Supervisor: Dr. Jamilah bte. Othman
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 24 Jan 2011 02:35
Last Modified: 20 Feb 2024 03:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9336
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item