Citation
Sulaiman, Mohamad
(2002)
Penyertaan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kemahiran Industri Dalam Aktiviti Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Majikan selaku pengguna terbesar tenaga kerja mahir,
seharusnya digesa untuk memainkan peranan yang lebih besar
dalam pembangunan program latihan. Jawatankuasa Penasihat
Kemahiran (JPK) yang ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pakar
industri, berperanan untuk memberi nasihat berhubung dengan
keperluan latihan sesuatu sektor industri. Penyertaan mereka dalam
JPK memberikan kesan yang signifikan dalam pembangunan program
latihan kemahiran agar sejajar dengan keperluan industri semasa
negara.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor paling baik
yang mempengaruhi tahap penyertaan ahli JPK dalam aktiviti MLVK.
Kajian ini menyelidik tahap penyertaan ahli JPK dan mengenal pasti
faktor penyumbang terhadap penyertaan mereka dalam aktiviti yang
dijalankan. Kajian ini telah menggunakan korelasi Kendall's tau_b
dan Chi-square Test of Independence bagi mendapatkan perkaitan antara faktor yang mempengaruhi penyertaan ahli JPK dalam aktiviti
yang dijalankan oleh MLVK.
Kajian mendapati bahawa 74.6% penyertaan ahli dalam aktiviti
JPK berada dalam kategori tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap
penyertaan masih perlu dipertingkatkan bagi mencapai penyertaan
yang lebih tinggi. Kajian juga mendapati bahawa tahap penyertaan
ahli JPK adalah dipengaruhi secara langsung oleh satu faktor sahaja
iaitu faktor kefahaman terhadap peranan dan fungsi JPK.
Sumbangan faktor tersebut terhadap penyertaan ahli JPK dapat
ditunjukkan oleh nilai Standardized Coefficients Beta yang diperolehi
dengan menggunakan analisis regresi linear berganda. Nilainya
adalah 0.582 yang bermaksud sebarang perubahan 1.0 Sisihan Lazim
dalam 'Kefahaman terhadap fungsi JPK' akan mengakibatkan
perubahan terhadap 'Tahap Penyertaan' sebanyak 0.582 sisihan
lazim. Ini menunjukkan bahawa kefahaman ahli tentang peranan dan
fungsi JPK perlu berada di tahap yang berganda bagi mempastikan
penyertaan yang tinggi. MLVK dapat memainkan peranan yang lebih
aktif lagi bagi memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada ahli
JPK dalam menjalankan tugas dan peranan mereka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |