Simple Search:

Kesan Modul Motivasi ke Atas Sikap Kematangan Kerjaya di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor Darul Ehsan


Citation

Ponnan, Devarajoo (2002) Kesan Modul Motivasi ke Atas Sikap Kematangan Kerjaya di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor Darul Ehsan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan Modul Motivasi dalam meningkatkan sikap kematangan kerjaya di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Kuala Seiangor, Selangor Darul Ehsan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk 'true experimental', ujian- pra, ujian-pasea, kelompok kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada T2 pelajar Tingkatan Empat yang kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan prosedur pemadanan. Tiga kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimen besar yang mendapat rawatan, kumpulan eksperimen kecil yang mendapat rawatan dan kumpulan kawalan tidak mendapat apa-apa rawatan. Kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu yang mengandungi lima rasa yang telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan ujian sikap kematangan kerjaya sebelum dan selepas rawatan ujian sikap Kematangan Kerjava digunakan kerana untuk mengukur tahap kematangan kerjaya seseorang pelajar. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOYA Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan kematangan kerjaya antara ketiga-tiga kumpulan yang terhbat dalam kajian ini Keputusan-keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa Modul Motivasi telah dapat meningkatkan sikap kematangan kerjaya di kalangan pelajar khususnya kumpulan eksperimen besar dan kumpulan eksperimen kecil Kesimpulannya dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlunya Kementenan Pendidikan Malaysia memperkenalkan Pendidikan Kerjaya sebagai satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai satu usaha untuk membantu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.


Download File

[img] PDF
FPP_2002_21_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Professions.
Subject: High school students - Employment - Selangor.
Subject: Motivation (Psychology) - Selangor.
Call Number: FPP 2002 21
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Sidek Bin Mohd Noah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 24 Jan 2011 10:05
Last Modified: 08 Jun 2012 16:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9329
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item