Citation
Ponnan, Devarajoo
(2002)
Kesan Modul Motivasi ke Atas Sikap Kematangan Kerjaya di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor Darul Ehsan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan Modul Motivasi dalam
meningkatkan sikap kematangan kerjaya di kalangan pelajar sekolah menengah di
Daerah Kuala Seiangor, Selangor Darul Ehsan. Reka bentuk kajian yang digunakan
ialah reka bentuk 'true experimental', ujian- pra, ujian-pasea, kelompok kawalan
rawak. Subjek kajian terdiri daripada T2 pelajar Tingkatan Empat yang
kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan
prosedur pemadanan.
Tiga kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimen besar yang mendapat
rawatan, kumpulan eksperimen kecil yang mendapat rawatan dan kumpulan kawalan
tidak mendapat apa-apa rawatan. Kumpulan eksperimen diberikan rawatan
menggunakan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu yang mengandungi lima
rasa yang telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan ujian sikap kematangan kerjaya sebelum dan selepas rawatan
ujian sikap Kematangan Kerjava digunakan kerana untuk mengukur tahap
kematangan kerjaya seseorang pelajar. Data-data yang diperolehi dianalisis
menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOYA Ujian ANOVA
digunakan untuk menentukan perbezaan kematangan kerjaya antara ketiga-tiga
kumpulan yang terhbat dalam kajian ini Keputusan-keputusan yang diperolehi
menunjukkan bahawa Modul Motivasi telah dapat meningkatkan sikap kematangan
kerjaya di kalangan pelajar khususnya kumpulan eksperimen besar dan kumpulan
eksperimen kecil
Kesimpulannya dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlunya
Kementenan Pendidikan Malaysia memperkenalkan Pendidikan Kerjaya sebagai
satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai satu usaha untuk
membantu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar Sehubungan dengan
keputusan kajian yang diperolehi beberapa implikasi dan cadangan telah
dikemukakan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Professions. |
Subject: |
High school students - Employment - Selangor. |
Subject: |
Motivation (Psychology) - Selangor. |
Call Number: |
FPP 2002 21 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Dr. Sidek Bin Mohd Noah |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
24 Jan 2011 02:05 |
Last Modified: |
20 Feb 2024 01:45 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9329 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |