Citation
Muhammad Yusof, Muhammad Khairul Adib and Abdullah, Mardina and Abdul Hamid, Nurul Shazana
(2021)
Isyarat geomagnet untuk peramalan gempa bumi.
UKM Press, Malaysia.
ISBN 9789672515487
Abstract
Gempa bumi mengakibatkan kematian dan kerugian harta benda dalam skala besar saban tahun. Impak bencana ini menggesa warga dunia untuk membangunkan system peramalan yang tepat dan berkesan. Bagi mencapai matlamat ini, salah satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian adalah melalui pengesanan isyarat berfrekuensi rendah pada medan megnet Bumi (geomagnet). Secara teorinya, mekanisme bawah tanah yang berlaku beberapa minggu sebelum gempa menjana isyarat yang menganggu medan geomagnet dan boleh dicerap di permukaan Bumi-isyarat ini dianggap petanda gempa bumi. Dalam buku ini, dua aspek peramalan dibincangkan, iaitu pengesanan petanda dan penganggaran arah. Perbincangan tersebut ditampilkan pada dua peringkat, iaitu secara bertumpu di rantau Asia Tenggara dan secara menyeluruh yang melibatkan sejumlah gempa yang berlaku di dunia. Perbincangan secara menyeluruh berupaya menentukan hubung kait antara sifat-sifat gempa dan ciri-ciri petanda dalam usaha mencapai peramalan gempa bumi masa nyata yang andal dan tuntas.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |