UPM Institutional Repository

Ciri Kenyal dan Rawat Haba Bagi Kaca Argentum Borat dan Fosfat


Citation

Mohamed Kamari, Halimah (2001) Ciri Kenyal dan Rawat Haba Bagi Kaca Argentum Borat dan Fosfat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kaca boleh dihasilkan dalam pelbagai komposisi pada julat yang luas untuk penggunaan tertentu. Dalam kajian ini, kaca argentum dengan pembentuk kaca borat dan fosfat telah dikaji. Empat siri kaca telah berjaya disintisiskan iaitu argentum borat (Ag20)x (B203)J-x (x = 0.2 hingga 0.4), argentum iodida (P205)I-x (x = 0.2 hingga 0.5) dan argentum iodida fosfat (AgI)x [Ag20 2 P205]I-X (x = 0.035 hingga 0.6). Pengukuran halaju ultrasonik telah dijalankan menggunakan sistem pemperolehan data ultrasonik MBS 8000. Ketumpatan kaca tersebut diukur dengan menggunakan prinsip Archimedes. Daripada halaju dan ketumpatan, ciri-ciri kenyal kaca boleh didapafi. Modulus Young, modulus pukal dan suhu Debye didapati meningkat dengan kandungan Ag20 dan mula berkurangan setelah komposisi pecahan mol Ag20 melebihi 0.35 bagi argentum borat . Modulus Young dan modulus pukal bagi argentum iodida borat didapati meningkat dengan penambahan AgI tetapi corak suhu Debye yang berkurangan dengan meningkatnya AgI. Bagi kaca argentum fosfat, modulus Young dan modulus pukal meningkat dengan kandungan Ag20 dan suhu Debye dengan corak berkurangan. Modulus Young didapati meningkat dengan AgI tetapi corak yang berkurangan bagi modulus pukal dan suhu Debye diperhatikan dalam kes argentum iodida fosfat. Ciri-ciri kenyal kaca didapati berkait rapat dengan kekuatan rangkaian dan struktur kaca. Kedua-dua siri kaca didapati mempunyai modulus kenyal semakin meningkat terhadap suhu. Setelah mendapat rawatan haba, diperhatikan bahawa kaca semakin tegar dan struktur kaca semakin kuat.


Download File

[img] Text
FSAS_2001_45.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Elasticity
Subject: Glass - Bonding
Call Number: FSAS 2001 45
Chairman Supervisor: Professor Madya Sidek Hj. Abd. Aziz, PhD
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 21 Jan 2011 03:31
Last Modified: 19 Feb 2024 07:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9312
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item