Citation
Mohd Zain, Mohd Izani and Isam, Hishamudin and Haron, Rohaidah and Abd Mutalib, Mashetoh
(2021)
Bahasa dan identiti kepemimpinan Khaled Nordin dalam pendidikan tinggi negara.
Penerbit UPM, Malaysia.
ISBN 9789672989448
Abstract
Buku ini menyasarkan perbincangan secara akademik berkaitan bahasa dan identiti kepemimpinan tokoh ikonik dalam bidang pendidikan ini, perlu dan wajar diterbitkan untuk berkongsi kaedah penyelidikan empirikal bagaimana sesuatu tokoh boleh diserlahkan identiti kepemimpinannya berasaskan gaya bahasa. Pemaparan kaedah penyelidikan yang mementingkan data autentik (teks ucapan berdasarkan idea tokoh itu sendiri), penjelasan analisis yang konsisten dan boleh dipertanggungjawabkan, adalah antara ramuan utama bahan dan tatacara penelitian yang akan dikongsikan kepada pembaca, khususnya para pemimpin. Secara tidak langsung, buku ini juga dapat menjadi panduan kepada penulis teks ucapan, dalam mengarap idea yang bernas yang dapat menonjolkan identiti seseorang perucap. Buku ini mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri kerana ia menganalisis teks ucapan seorang pemimpin negara yang menerajui sector kritikal negara, iaitu pengajian tinggi. Ucapan yang disampaikan oleh seorang tokoh menteri bukan sahaja penting sebagai dokumen terujuk yang menjadi dasar dan polisi kementerian tetapi dapat menggambarkan identity penuturnya. Mohamed Khaled Nordin telah membuktikan beliau sebagai seorang pemimpin dan pada masa yang sama, pemikir yang dapat menentukan hala tuju sebuah kementerian demi kepentingan negara. Tidak ketelaluan jika dikatakan, beliau telah meletakkan satu aras yang tinggi sebagai seorang menteri yang berupaya memterjemahkan idea dan pemikiran melalui ucapan yang dilakar dengan penuh gaya cermat dan ketelitian selain dibukukan dengan bersistematik. Buku ini juga secara jelas memperincikan bagaimana proses ucapan disediakan sehinggalah ia dapat disampaikan kepada khalayak. Perkara ini wajar diteladani oleh pemimpin-pemimpin lain agar soal penyediaan ucapan tidak dipandang mudah kerana mesej yang disampaikan akan dipegang dan dinilai oleh pendengar. Umumnya, penerbitan buku ini amat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu berkaitan kaedah dan dapatan penyelidikan bidang sains sosial. Secara khususnya pula, penerbitan buku ini dapat memberi manfaat kepada pelajar bidang sains sosial seperti bidang bahasa dan linguistik, komunikasi dan sains politik pelbagai peringkat (sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah) di universiti awam dan swasta, untuk memahami konsep identiti kepemimpinan daripada seorang tokoh penting dalam bidang tertentu yang diselusuri berdasarkan prinsip penggunaan gaya bahasa (teks ucapan).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |