UPM Institutional Repository

Prestasi UPM perlu dilonjak ke peringkat lebih tinggi – Naib Canselor


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Prestasi UPM perlu dilonjak ke peringkat lebih tinggi – Naib Canselor. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 17 Jan - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Ir Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata prestasi UPM perlu dilonjak ke peringkat lebih tinggi bagi memastikan universiti itu sebaris dengan universiti terkemuka dunia. Beliau yang dilantik sebagai naib canselor pada 1 Januari lalu berkata aspek yang akan diberi perhatian ialah tahap kebolehupayaan graduan supaya mereka berfungsi dalam pelbagai aspek dan diukur dengan penanda aras terkini keperluan pasaran pekerjaan. Selain itu, beliau mahu melihat pelan strategik UPM yang dilancarkan baru-baru ini menumpukan program penyelidikan ke persada antarabangsa untuk menjana pendapatan negara melalui usaha pengkomersilan. “UPM adalah sebuah universiti yang sudah berdiri teguh dan mempunyai reputasi yang agak tinggi. Namun prestasi UPM perlu dilonjakkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam beberapa matlamat pelan strategik UPM,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Bagaimanapun beliau berkata dalam usaha merealisasikan matlamat itu menuntut kerjasama semua pihak di UPM sama ada di peringkat pengurusan atasan dan juga bawahan. Menurutnya lagi, UPM perlu menjadikan universiti terkemuka dunia sebagai penanda aras untuk mengetahui sejauh mana kedudukan universiti itu di peringkat antarabangsa. “Kita mempunyai universiti bertaraf dunia yang dijadikan rakan strategik antaranya dari United Kingdom, Australia, Kora Selatan, Jepun dan Singapura untuk menguatkan lagi penyelidikan tempatan. Jadi kita jadikan mereka sebagai pengukur untuk melihat kedudukan kita dan memperbaiki kelemahan kita,” ujarnya. Beliau menambah, dalam bidang-bidang tertentu seperti pertanian tropika, matematik dan sains komputer, UPM sudah pun berjaya meletakkan nama jauh di hadapan beberapa universiti terkenal dunia. Bagi pencapaian di peringkat tempatan pula, Dato’ Ir Dr. Radin Umar berkata, UPM telah berjaya melepasi tahap markah 100 yang ditetapkan Sistem Penilaian Universiti Penyelidikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di kalangan beberapa universiti penyelidikan di negara ini. “Kita memperoleh markah 103 melebihi penanda aras yang ditetapkan dan ini adalah satu pencapaian yang cukup positif dan kita mahu momentum ini dikekalkan,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
Prestasi_UPM_perlu_dilonjak.pdf

Download (46kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 19 Jan 2011 08:16
Last Modified: 27 May 2013 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9308
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item