Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2011)
UPM – UPE tingkat mutu sektor pertanian negara.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 10 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri menjalinkan kerjasama penyelidikan untuk membina model ramalan berasaskan data kajian (empirical forecasting model) untuk meningkatkan mutu sektor pertanian negara.
Kerjasama itu akan melaksanakan simulasi dan mengenalpasti kesan perubahan polisi dan persekitaran antarabangsa dalam sektor pertanian Malaysia.
Selain itu, pegawai-pegawai daripada kementerian dan agensi yang terlibat dapat dilatih mengenai proses pembinaan model ramalan itu untuk menghasilkan manual pertanian yang sempurna.
“Perjanjian ini memberi faedah dalam pembangunan di agensi kerajaan dan UPM, serta menghasilkan output penyelidikan terutama penerbitan akademik.
"Penyelidikan ini akan dilaksanakan oleh Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM yang bertanggungjawab menyelidik polisi pertanian makanan untuk menghasilkan penyelidikan ke arah pertanian lestari,” kata Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dalam majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) perkhidmatan perundingan antara kedua belah pihak.
Kerjasama antara UPM dengan UPE dalam projek Agricultural Sector Modeling: Forecasting and Capacity building atau Malaysian Agricultural Policy Analysis (MAgPA) itu dilihat mampu membantu usaha meningkatkan model ekonomi pertanian komprehensif di Malaysia.
UPE adalah institusi yang menggubal polisi untuk menetapkan hala tuju pembangunan negara.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |