Simple Search:

Pengertian Pembangunan Sumber Manusia di Kalangan Pengamal Pembangunan Sumber Manusia


Citation

Riduan, Nir Mala (2002) Pengertian Pembangunan Sumber Manusia di Kalangan Pengamal Pembangunan Sumber Manusia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Pembangunan sumber manusia ditakrifkan sebagai satu usaha untuk melatih dan membimbing sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Ia bertujuan untuk mencapai tahap kecekapan dan kepakaran serta mempunyai kemahiran bagi disumbangkan kepada organisasi semula. Sementara itu, pengurusan sumber manusia pula ditakrifkan sebagai usaha pengurusan yang bersistematik di dalam sesebuah organisasi bagi memastikan kehendak-kehendak organisasi dicapai. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauhmana kefahaman seseorang pengamal pembangunan sumber manusia tentang erti pembangunan sumber manusia. Kajian ini turut membincangkan persoalan tentang amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengamal pembangunan sumber manusia yang ditemui di dalam organisasi mereka bekerja. Selain itu, kajian ini turut mencungkil pentingnya pembangunan sumber manusia dalam memainkan peranan di dalam organisasi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif untuk memperolehi data-data yang diperlukan dengan lebih tepat dan mendalam. Seramai lapan orang informan telah ditemubual bagi memperolehi data-data yang diperlukan. Informan yang terlibat di dalam kajian mewakili organisasi di mana mereka bertugas. Hasil kajian mendapati pembangunan sumber manusia di anggap sebagai pelincir di dalam sesebuah organisasi dan juga sebagai pemangkin kepada perubahan tingkah laku sumber manusia yang ada di dalam organisasi. Selain itu, kajian ini juga mendapati amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengamal-pengamal sumber manusia di dalam organisasi tidak mempunyai hubungan dengan model pembangunan sumber manusia yang terdahulu.


Download File

[img] PDF
FPP_2002_13_A.pdf

Download (960kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Personnel departments - Employees
Subject: Manpower policy.
Subject: Personnel management.
Call Number: FPP 2002 13
Chairman Supervisor: Dr. Khairuddin Idris
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 19 Jan 2011 02:00
Last Modified: 08 Jun 2012 04:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9288
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item