Citation
Riduan, Nir Mala
(2002)
Pengertian Pembangunan Sumber Manusia di Kalangan Pengamal Pembangunan Sumber Manusia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pembangunan sumber manusia ditakrifkan sebagai satu usaha untuk melatih dan
membimbing sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Ia bertujuan untuk
mencapai tahap kecekapan dan kepakaran serta mempunyai kemahiran bagi
disumbangkan kepada organisasi semula. Sementara itu, pengurusan sumber manusia
pula ditakrifkan sebagai usaha pengurusan yang bersistematik di dalam sesebuah
organisasi bagi memastikan kehendak-kehendak organisasi dicapai.
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauhmana kefahaman seseorang pengamal
pembangunan sumber manusia tentang erti pembangunan sumber manusia. Kajian ini
turut membincangkan persoalan tentang amalan-amalan yang dilaksanakan oleh
pengamal pembangunan sumber manusia yang ditemui di dalam organisasi mereka bekerja. Selain itu, kajian ini turut mencungkil pentingnya pembangunan sumber
manusia dalam memainkan peranan di dalam organisasi.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif untuk memperolehi data-data
yang diperlukan dengan lebih tepat dan mendalam. Seramai lapan orang informan telah
ditemubual bagi memperolehi data-data yang diperlukan. Informan yang terlibat di
dalam kajian mewakili organisasi di mana mereka bertugas.
Hasil kajian mendapati pembangunan sumber manusia di anggap sebagai pelincir di
dalam sesebuah organisasi dan juga sebagai pemangkin kepada perubahan tingkah laku
sumber manusia yang ada di dalam organisasi. Selain itu, kajian ini juga mendapati
amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pengamal-pengamal sumber manusia di dalam
organisasi tidak mempunyai hubungan dengan model pembangunan sumber manusia
yang terdahulu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |