Citation
Lee, Kuok Lee
(2002)
Kajian Silang-Budaya: Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukuran Inventori Pengalaman dalam Perhubungan Intim dan Aplikasinya daripada Aspek Etnik dan Gender.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Inventori
Pengalaman dalam Perhubungan Intim (IPPJ) secara silang-budaya dalam konteks
Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan antara stail perapatan
mengikut etnik dan gender. Subjek kajian terdiri daripada 360 orang pelajar Master dan
Ph.D yang sekurang-kurangnya pernah melalui pengalaman romatik dari Fakulti
Pengajian Pendidikan di sebuah universiti tempatan yang dipilih secara rawak berlapis.
Daripada 360 subjek kajian, seramai 228 adalah pelajar perempuan dan 132 adalah
pelajar lelaki. Mereka adalah terdiri daripada 238 pelajar Melayu, 95 pelajar Cina dan
27 pelajar India. Kebolehpercayaan dan kesahan kandungan item-item dan skala dalam
IPPI telah diuji melalui analisis item. Kesahan gagasan inventori juga diuji melalui
analisis faktor dan analisis faktor pengesahan.
Walaupun dapatan kajian menunjukkan pekali kebolehpercayaan yang tinm tetapi
analisis item menerangkan kekurangan kesahan kandungan dalam beberapa item. Hasil
kajian yang berhubung dengan kesahan gagasan inventori tersebut adalah pelbagai.
Analisis faktor yang memaparkan kewujudan dua set item di mana sebahagiannya
menyokong struktur faktor dan saranan dua dimensi perapatan seperti yang
dicadangkan oleh pengasas inventori. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa item
tidak dimua tkan secara menonjol dalam dua dimensi tersebut.Keputusan ini
bercanggah dengan teori perhubungan asal di kalangan faktor-faktor dalam inventori menggunakan warga Malaysia. Kesukaran bahasa juga ditunjukkan dan ia didapati
berkaitan dengan beberapa masalah kesahan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |