UPM Institutional Repository

Hubungan Caragaya Keibubapaan dengan Salah Laku Seksual Remaja Perempuan di Taman Seri Puteri


Citation

Tambol, Zainab (2002) Hubungan Caragaya Keibubapaan dengan Salah Laku Seksual Remaja Perempuan di Taman Seri Puteri. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara caragaya keibubapaan dengan salah laku seksual di kalangan remaja perempuan di Taman Seri Puteri. Seramai 132 orang pelatih Taman Seri Puteri terlibat dalam kajian ini iaitu 43 orang dari Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak, 17 orang dari Taman Seri Puteri Cheras, Selangor dan 72 orang dari Taman Seri Puteri Rembau, Negeri Sembilan. Subjek-subjek dalam kajian ini dipilih secara persampelan rawak mudah. Alat ukuran yang direka oleh Schaefer pada tahun 1965, Children's Report Parental Behavior Inventory telah digunakan untuk mengukur caragaya keibubapaan di kalangan remaja. Sebagai tambahan, satu soal selidik yang ringkas digunakan untuk mengenalpasti pengalaman seksual responden remaja di Taman Seri Puteri. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS Windows 10.0. Kaedah statistik yang digunakan ialah peratusan, min, sisihan piawai, kekerapan, Anova, Ujian t dan korelasi pearson. Keputusan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara caragaya keibubapaan dengan salah laku seksual di kalangan remaja di Taman Seri Puteri sarna ada dalam aktiviti persetubuhan atau seksual bilazim. Hasil kajian juga mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan antara caragaya keibubapaan yang diamalkan oleh bapa dengan caragaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu remaja di Taman Seri Puteri. Dari segi sudut tingkah laku seksual implikasi daripada maklumat dalam kaiian ini kepada sudut sosial ialah agar dapat dibuat satu garapan baru dari segi menghasilkan dan melaksanakan program pendidikan seks yang efektif. Program pendidikan tersebut hendaklah dibuat segera terutamanya oleh pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa supaya masalah salah laku seksual dapat dibendung dari berleluasa.


Download File

[img] Text
FPP_2002_11.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Parent and teenager - Selangor.
Call Number: FPP 2002 11
Chairman Supervisor: Professor Madya Datin Mizan Adiliah Bt Ahmad Ibrahim, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 19 Jan 2011 01:11
Last Modified: 19 Feb 2024 04:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9286
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item