Citation
Sinnappan, Santhidran
(2002)
Faktor-Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Kreativiti di Kalangan Pekerja: Organisasi Terpilih di Taman Teknologi Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini adalah meninjau tahap faktor-faktor persekitaran
tempat kerja yang mempengaruhi kreativiti pekerja di syarikat-syarikat yang
mengeluarkan perisian dan perkakasan komputer di Taman Teknologi Malaysia
(ITM). Model Persekitaran tempat kerja untuk kreativiti yang dibina oleh
Amabile (1996) digunakan sebagai kerangka konseptual dalam kajian ini. Tujuh
pembolehubah digunakan dalam kerangka konseptual ini. Enam
pembolehubah bebas ialah galakan organisasi, galakan penyelia, sokongan
rakan sekerja, sumber yang mencukupi, kerja yang mencabar dan kebebasan.
Kreativiti pekerja adalah pembolehubah bersandar dalam kajian ini. Teknik kajian yang dijalankan Wah berbentuk kajian tinjalUla Populasi
kajian meliputi sebanyak 13 buah organisasi yang mengeluarkan perisian dan
perkakasan komputer di Taman Teknologi Malaysia. Pengumpulan data dibuat
daripada ke semua populasi kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan
statistik deskriptif, korelasi dan regrasi
Kajian ini mendapati persekitaran tempat berada dalam tahap sederhana
kondusif untuk kreativiti. Dapatan kajian juga menunjukkan kreativiti pekerja
berada dalam tahap sederhana. Tiga faktor iaitu kebebasan (r=0.54), galakan
organisasi (r=0.49) dan sokongan rakan sekerja (r=0.46) mempunyai korelasi
tertinggi ke atas kreativiti pekerja.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |